May 17, 2012

Selamat hari guru

Salam,

Cepat cepat dah lambat nak post entry pasal hari guru. hehehe. 16 May hari Rabu merupakan Hari Guru seMalaysia. Tapi saya berada di Kedah pada ketika itu atas sebab visit ke Library UUM dan UniMap. Agak terlewat la ni nak wish. huhuhu.

Ok lah, saya nak ucapkan ucapan Selamat hari guru ini kepada:

.:Suami tercinta:.
Selamat hari guru, ikhlaskan hati dalam mendidik anak bangsa, usaha abg dan para sahabat dalam melahirkan insan yg berguna, sangat2 tak ternilai, hanya Allah dpt membalasnya (Nurain, 2012).
.:Akak saya Kak Lang:.
.:Akak saya Kak Teh:.
.:Akak saya Liya:.
.:Guru di Tadika Kemas:.
.:Guru di SK Peradong:.
.:Guru di SMK DUMA:.
.:Pensyarah Diploma di UiTM Segamat:.
.:Pensyarah Degree di UiTM Puncak Perdana:.

--->Selamat hari guru buat pendidik ku sekalian. Jasa pengorbanan dan setiap didikan kalian sangat saya hargai sehingga menjadikan saya seperti apa adanya saya sekarang. Sesungguhnya setiap didikan kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Terima kasih kerana mengajar saya. ;)

--->Buat suami, semoga sentiasa cemerlang dalam mendidik anak anak muridmu kerana setiap ilmu yang dimanfaatkan hanya Allah yang dapat membalasNya. InsyaAllah. Hadiah sudah ada. Special dari Kedah buat penyuntik semangat agar lebih dedikasi dalam mendidik dan mengajar. Jangan garang garang ok.;)



Dulu masa di sekolah semasa sambutan hari guru saya sangat suka dengar lagu guru. Bila dengar tu rasa terharu dan tersentuh. "Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji...(hehe, lupa lirik)"Pastu semua kawan kawan sibuk nak bagi hadiah kat cikgu faveret masing masing. Ingat lagi tak selalu bagi hadiah sabun buku, bunga ros. hehe, sebab budak sekolah tak mampu nak beli hadiah mahal mahal. Cukuplah hadiah tak seberapa tanda penghargaan di atas jasa yang tak ternilai itu. Emak la yang banyak membantu menyiapkan hadiah hadiah tersebut. Saya tukang bagi je. Luv u mak.

Ok, cukuplah tu.


p/s: GURU

May 14, 2012

Bercuti ke Pulau Pangkor. Beshh ke?

Salam,

Actually ini cerita sudah lama. Since saya start cuti mid term break. Before this plan dengan suami cuti ni nak buat apa. So, after bincang bincang decide pergi Pulau Pangkor. Yeayy!!So ajak mak mertua dan mak, abah dan seluruh keluarga tapi semua pun tak nak pergi. So saya dan suami je gigih meneruskan niat ini. Disebabkan hari pekerja jatuh pada hari Selasa, suami applied cuti tapi tak approve, so suami pun ambil MC.

Perjalanan ke Pulau Pangkor ambil masa lebih kurang 5 jam dari Seremban. So start je lalu dekat highway saya dah mula tidur. hehehe. Exit kat Bidor suami kejutkan untuk on GPS. Mula -mula cari sign Teluk Intan, depan sikit baru cari sign Lumut. Dari Bidor nak ke Lumut ni lama betol, penat suami drive. Kesiannye kat iyee.

:capture sepanjang jalan:

Sampai je kat Lumut, nah ada 1 bangunan besar untuk parking sahaja. Kat sana ada orang yang kat tepi tepi jalan tu yang offer penginapan kat Pulau Pangkor. Kami pun decide terus book in, sebab kat sana nanti risau fully booked pulak. So after dapat harga yang berbaloi baloi Chalet Deluxe Room plak tu. Luas dan selesa. Terus grab. Actually kami tak booked awal awal sebab saya yang bertegas nak walk in, sebab kawan saya pernah pegi dan ada orang akan offer kat kita bila sampai nanti. So betullah tu kan. Tapi jangan buat macam ni kalau pergi waktu cuti sekolah ok.

:taraa, ini katil 2 kat tepi tu ade 1 lagi single bed:

Next, beli tiket feri RM 10 untuk seorang pergi dan balik. Suami beli accesories untuk saya topi dan kipas. (Ngada ngada kan?) Naik free setengah jam je. Tu pun boring dah. Hehe, sampai sampai je muka dah excited nih. Naik teksi terus pergi tempat penginapan. Dekat nak sampai dah nampak meriah je sebab Teluk Nipah yang paling havoc di Pulau Pangkor selain Pasir Bogak dan Teluk Dalam. Sepanjang tu lalu kat tepi laut je. Cantikkk..

After check in suami penat so tidur dan rehat dulu, petang sikit baru jalan kat tepi pantai. Usha usha dulu pakej untuk aktiviti laut untuk besok hari. Amik gambar pemandangan yang cantik cantik. Malam pula cari makanan. Char kue tiow dan jagung bakar sangat awesome. Saya paling suka makan jagung bakar setiap malam mesti beli. Suami punya pun saya tibai sebab dia tak suka sangat.

:suasana di petang hari:

:yeayy, gerai jagung bakar ni. paksa suami capture, suami pelik saya suka sangat makan jagung. nyum,nyum:


Ok, besok nya dapat pakej murah iaitu snorkelling dan round islands RM 40 je. Tak kisah berapa lama pun. Yang penting kalau nak balik just call owner. Saya nak citer ni, citer kelakar kot sebab saya 1st time snorkelling dan pakai goggle. Suami gigih pakaikan untuk saya. Siap banyak kali tanya ok tak? selesa tak? So, ini tips untuk anda:

..:pakai google ketat ketat:..
..:must practice bernafas melalui mulut:..
..:relax je semasa berada dalam air:..
..:enjoy ur snorkelling:..

Mula mula susah nak biasakan, saya siap tutup hidung cakap air masuk dalam hidung. Ini terjadi sebab tak reti applied bernafas ikut mulut. Ermm, after dah lama tu saya expert siap ajak suami berenang kat tengah laut yang dalam tu. Lagi satu sebab dah pakai baju pelampung tu yang terror. Hampir 2 jam juga spend untuk snorkelling. Memang puas hati sangat. Tapi tak banyak sangat dapat tengok ikan tapi adalah sikit sikit. Suami memang saja biarkan saya berenang puas puas sebab tau isteri dia ni macam mana. Lagi satu batu kat sana tajam tajam so silalah berhati hati ye.

:kat situlah kami snorkelling:

After dah penat berenang tu pegi makan. Lapoo. Satu satunya gerai burger yang ada kat Pulau tu. Harga pun agak mahal dari biasa, maybe kat pulau tu takde kedai lain kot dan susah nak bawak barang memasak ke sana kena naik bot bagai. Sambil makan cuci mata. Round islands tu biasa je. Tengok batu yang ada rupa buaya, kura kura, ikan paus. Pastu balik. Balik tu sempat lagi makan aiskrim. Sambil ditiup angin yang sempoi sempoi bahasa, ;)

Ok ni tips selepas melakukan aktiviti laut tadi mesti mandi air panas dapat mengurangkan rasa sakit sakit badan. Ini terbukti badan saya tak sakit pun after bangun pagi besoknya. Yeay.. Tapi memang letih sangat. Malam nya kami jalan jalan ke Pekan Pulau Pangkor, Pasir Bogak dan shopping sikit. Dress kat sini boleh dapat dengan harga yang murah. Saya grab 2 helai. hehe. Suami belikan untuk dia short pan dan baju for his mom n little sister. Dan lepas tu kami b'candle light dinner. So romantik, Alhamdulillah.

:naik teksi ke Pekan Pulau pangkor:

:ini kawasan pantai Pasir Bogak, jalan jalan ambik gambar je, tak meriah pun:

:magnet. nak kumpul lagi bila travel kat mana mana:


Pastu besok dah siap siap untuk balik. Untuk percutian yang best pergilah ke Pulau Pangkor.



p/s: Travel sangat bestt...

May 10, 2012

Wondering (@__@)

salam,

Yang anda sedang lihat sekarang ini merupakan blog template saya yang baru hasil pemilihan color saya dan suami. Saya pilih warna pink and header just text without gambar. Before this saya sertakan gambar di header tapi rasa macam kurang sopan dan saya tak nak menarik perhatisn sangat lalu ini yang dihasilkan simple but look bice. Tapi ok ke?


Lagi satu saya nak tanya macam mana nak buat bentuk love <3. Selalu kalau kat facebook type macam ni dah terus jadi tapi kat blog tak jadi pula. Huhuhu kecewa. Ke saya tak habes explore lagi blog ni. So anyone tau sila la share dengan ssya. Tu je kot yang saya keep wondering. Hehe. Saja nk jadikan isu. Barulah bolehlah menaip drngan laju.


p/s: (*__-)

May 08, 2012

I am pink lover

Hai,

Actually mahu ceritakan yang saya ni peminat warna pink. Tapi kalau tengok saya ni takdela banyak koleksi warna pink. Saya ni jenis yang ada semua warna. Tak tau la sebab apa kan. Maybe nak lebih versatile kan dengan gaya, baju n warna.

Selain itu, baru baru ini saya ada satu perasaan macam suka sangat shopping. Kalau shopping tu habis banyak duit la kan. Tapi bila tengok semua barang yang kita beli tu adalah dari minat sendiri kita akan rasa ada satu perasaan puas. Bahaya ni. Dulu tak macam ni pun. Lately term shopperholic tu dah masuk dalam diri. hish..

Ok back to the track, even tak nampak sangat yang saya suka warna pink, konon nampak natural la gitu. Tapi bila pilih barang mesti akan utamakan warna pink. Warna pink ni pun akan membuatkan kita lebih segar dan seolah olah masih remaja.hihihi.

xxxxx

Oh ye disebabkn saya peminat warna pink. Saya telah membelikan suami bju warna pink. Even saya tau suami sangat anti warna pink tapi takdelah sampai tak izinkn saya minat pink. Cuma dia sahaja la, tak effect orang lain pun. So, disebabkn saya dah beli bju tersebut suami pun pakai. Tak sampai hati tengok muka isteri monyok je.



Dan juga saya penah berangan angan untuk decorate bilik dgn warna pink selain merah agar still kelihatan romantik tapi dalam masa yang sama comel comel. Begitu juga kalo miliki rumah dan kereta sendiri nanti. Saya akan selitkan warna pink dalam certain certain part, InsyaAllah.


Betul ke yang minat pink ni perempuan je? Dan kalau lelaki peminat pink maknanya jambu or gay. Pada saya takla kalau lelaki tu pakai pink dia akan nampak lebih bersifat kelembutan, manja dan baik je. Tapi bukan lah pink yang striking biarlah warna pink yang lembut. So lelaki silalah minat pink juga. Sila ubah persepsi anda ye. Hahaha. Terpulanglah saya saje provok.Suka suka.

Pink melambangkn kelembutan, kecomelan, kesegaran dll untuk si pemakai. Dan si pemerhati janganla annoyed plak memandangnya. Itu kan minat masing masing.

Oh ye blog ni ditaip semasa atas bas dalam perjalanan balik kerumah. So sebab lambat lagi sampai agak boring boring dalam bas tu yang dok taip sorang sorang ni. Saja nk bagitau yang saya suka PINK!



p/s: P.I.N.K comel, :)

May 04, 2012

Bergelar seorang pelajar@menuntut ilmu

Salam,

Sekarang ni jam menunjukkan jam 1:14am. hohoho. (mata dah ngantuk, badan dah letih). Ini bermakna sudah bermula untuk stay up di setiap malam untuk menyiapkan segala assignment. Untuk semester akhir ini put more effort. Iyelah lepas ni dah tak hadap buku dan assignment ni semua. Masa depan pun tak tahu macam mana. Hope, semuanya adalah yang indah-indah belaka. Aminn..

So, teruskan perjuangan yang tinggal sedikit je lagi ini. Semoga dipermudahkan urusan untuk saya bergelar student graduated in degree level dan kuat kan semangat untuk menghabiskan pengajian ini.


Untuk beberapa minggu yang tersisa ini, setiap minggu pasti ada presentation, test, submit assignment dll. Walaupun penat kalau buat dengan bersungguh-sungguh saya rasa itu adalah hari yang bermakna bagi saya. Tidur pun lena je. Ini dibuktikan kalau seseorang itu menggunakan hari-harinya dengan perkara yang berfaedah itu adalah satu kepuasan yang tak dapat digambarkan. Lecturer saya pun cakap begitu. Tapi kalau hari-hari pack pun letih jugak, biarlah berpada-pada ek??hihihi, ;)

So this words sangat bagus untuk diucap sekarang:

"Semoga berjaya!
Go! go!
Chaiyo! Chaiyo!
Gambatte kudasai!
Good luck!
Basha'!"

hehe, ini memang betul takde kerja. Ok stop here!




p/s: Gud luck kepada kawan-kawan seperjuangan. Semoga sama-sama berada di pentas konvo nanti. InsyaAllah.;)