May 14, 2012

Bercuti ke Pulau Pangkor. Beshh ke?

Salam,

Actually ini cerita sudah lama. Since saya start cuti mid term break. Before this plan dengan suami cuti ni nak buat apa. So, after bincang bincang decide pergi Pulau Pangkor. Yeayy!!So ajak mak mertua dan mak, abah dan seluruh keluarga tapi semua pun tak nak pergi. So saya dan suami je gigih meneruskan niat ini. Disebabkan hari pekerja jatuh pada hari Selasa, suami applied cuti tapi tak approve, so suami pun ambil MC.

Perjalanan ke Pulau Pangkor ambil masa lebih kurang 5 jam dari Seremban. So start je lalu dekat highway saya dah mula tidur. hehehe. Exit kat Bidor suami kejutkan untuk on GPS. Mula -mula cari sign Teluk Intan, depan sikit baru cari sign Lumut. Dari Bidor nak ke Lumut ni lama betol, penat suami drive. Kesiannye kat iyee.

:capture sepanjang jalan:

Sampai je kat Lumut, nah ada 1 bangunan besar untuk parking sahaja. Kat sana ada orang yang kat tepi tepi jalan tu yang offer penginapan kat Pulau Pangkor. Kami pun decide terus book in, sebab kat sana nanti risau fully booked pulak. So after dapat harga yang berbaloi baloi Chalet Deluxe Room plak tu. Luas dan selesa. Terus grab. Actually kami tak booked awal awal sebab saya yang bertegas nak walk in, sebab kawan saya pernah pegi dan ada orang akan offer kat kita bila sampai nanti. So betullah tu kan. Tapi jangan buat macam ni kalau pergi waktu cuti sekolah ok.

:taraa, ini katil 2 kat tepi tu ade 1 lagi single bed:

Next, beli tiket feri RM 10 untuk seorang pergi dan balik. Suami beli accesories untuk saya topi dan kipas. (Ngada ngada kan?) Naik free setengah jam je. Tu pun boring dah. Hehe, sampai sampai je muka dah excited nih. Naik teksi terus pergi tempat penginapan. Dekat nak sampai dah nampak meriah je sebab Teluk Nipah yang paling havoc di Pulau Pangkor selain Pasir Bogak dan Teluk Dalam. Sepanjang tu lalu kat tepi laut je. Cantikkk..

After check in suami penat so tidur dan rehat dulu, petang sikit baru jalan kat tepi pantai. Usha usha dulu pakej untuk aktiviti laut untuk besok hari. Amik gambar pemandangan yang cantik cantik. Malam pula cari makanan. Char kue tiow dan jagung bakar sangat awesome. Saya paling suka makan jagung bakar setiap malam mesti beli. Suami punya pun saya tibai sebab dia tak suka sangat.

:suasana di petang hari:

:yeayy, gerai jagung bakar ni. paksa suami capture, suami pelik saya suka sangat makan jagung. nyum,nyum:


Ok, besok nya dapat pakej murah iaitu snorkelling dan round islands RM 40 je. Tak kisah berapa lama pun. Yang penting kalau nak balik just call owner. Saya nak citer ni, citer kelakar kot sebab saya 1st time snorkelling dan pakai goggle. Suami gigih pakaikan untuk saya. Siap banyak kali tanya ok tak? selesa tak? So, ini tips untuk anda:

..:pakai google ketat ketat:..
..:must practice bernafas melalui mulut:..
..:relax je semasa berada dalam air:..
..:enjoy ur snorkelling:..

Mula mula susah nak biasakan, saya siap tutup hidung cakap air masuk dalam hidung. Ini terjadi sebab tak reti applied bernafas ikut mulut. Ermm, after dah lama tu saya expert siap ajak suami berenang kat tengah laut yang dalam tu. Lagi satu sebab dah pakai baju pelampung tu yang terror. Hampir 2 jam juga spend untuk snorkelling. Memang puas hati sangat. Tapi tak banyak sangat dapat tengok ikan tapi adalah sikit sikit. Suami memang saja biarkan saya berenang puas puas sebab tau isteri dia ni macam mana. Lagi satu batu kat sana tajam tajam so silalah berhati hati ye.

:kat situlah kami snorkelling:

After dah penat berenang tu pegi makan. Lapoo. Satu satunya gerai burger yang ada kat Pulau tu. Harga pun agak mahal dari biasa, maybe kat pulau tu takde kedai lain kot dan susah nak bawak barang memasak ke sana kena naik bot bagai. Sambil makan cuci mata. Round islands tu biasa je. Tengok batu yang ada rupa buaya, kura kura, ikan paus. Pastu balik. Balik tu sempat lagi makan aiskrim. Sambil ditiup angin yang sempoi sempoi bahasa, ;)

Ok ni tips selepas melakukan aktiviti laut tadi mesti mandi air panas dapat mengurangkan rasa sakit sakit badan. Ini terbukti badan saya tak sakit pun after bangun pagi besoknya. Yeay.. Tapi memang letih sangat. Malam nya kami jalan jalan ke Pekan Pulau Pangkor, Pasir Bogak dan shopping sikit. Dress kat sini boleh dapat dengan harga yang murah. Saya grab 2 helai. hehe. Suami belikan untuk dia short pan dan baju for his mom n little sister. Dan lepas tu kami b'candle light dinner. So romantik, Alhamdulillah.

:naik teksi ke Pekan Pulau pangkor:

:ini kawasan pantai Pasir Bogak, jalan jalan ambik gambar je, tak meriah pun:

:magnet. nak kumpul lagi bila travel kat mana mana:


Pastu besok dah siap siap untuk balik. Untuk percutian yang best pergilah ke Pulau Pangkor.



p/s: Travel sangat bestt...

No comments:

Post a Comment