May 17, 2012

Selamat hari guru

Salam,

Cepat cepat dah lambat nak post entry pasal hari guru. hehehe. 16 May hari Rabu merupakan Hari Guru seMalaysia. Tapi saya berada di Kedah pada ketika itu atas sebab visit ke Library UUM dan UniMap. Agak terlewat la ni nak wish. huhuhu.

Ok lah, saya nak ucapkan ucapan Selamat hari guru ini kepada:

.:Suami tercinta:.
Selamat hari guru, ikhlaskan hati dalam mendidik anak bangsa, usaha abg dan para sahabat dalam melahirkan insan yg berguna, sangat2 tak ternilai, hanya Allah dpt membalasnya (Nurain, 2012).
.:Akak saya Kak Lang:.
.:Akak saya Kak Teh:.
.:Akak saya Liya:.
.:Guru di Tadika Kemas:.
.:Guru di SK Peradong:.
.:Guru di SMK DUMA:.
.:Pensyarah Diploma di UiTM Segamat:.
.:Pensyarah Degree di UiTM Puncak Perdana:.

--->Selamat hari guru buat pendidik ku sekalian. Jasa pengorbanan dan setiap didikan kalian sangat saya hargai sehingga menjadikan saya seperti apa adanya saya sekarang. Sesungguhnya setiap didikan kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Terima kasih kerana mengajar saya. ;)

--->Buat suami, semoga sentiasa cemerlang dalam mendidik anak anak muridmu kerana setiap ilmu yang dimanfaatkan hanya Allah yang dapat membalasNya. InsyaAllah. Hadiah sudah ada. Special dari Kedah buat penyuntik semangat agar lebih dedikasi dalam mendidik dan mengajar. Jangan garang garang ok.;)



Dulu masa di sekolah semasa sambutan hari guru saya sangat suka dengar lagu guru. Bila dengar tu rasa terharu dan tersentuh. "Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji...(hehe, lupa lirik)"Pastu semua kawan kawan sibuk nak bagi hadiah kat cikgu faveret masing masing. Ingat lagi tak selalu bagi hadiah sabun buku, bunga ros. hehe, sebab budak sekolah tak mampu nak beli hadiah mahal mahal. Cukuplah hadiah tak seberapa tanda penghargaan di atas jasa yang tak ternilai itu. Emak la yang banyak membantu menyiapkan hadiah hadiah tersebut. Saya tukang bagi je. Luv u mak.

Ok, cukuplah tu.


p/s: GURU

No comments:

Post a Comment