April 26, 2012

Perihal majlis merisik

salam,

Hurm...sebenarnya saya mahu menghabiskan entry pasal tarikh- tarikh bersejarah saya tu klik sini dan sini untuk flashback anda-anda semua. Tetapi saya tidak mahulah menulis bagai melepas batuk di tangga.uhuk uhuk. Saya mahukan sesuatu input yang berguna dan memerlukan banyak masa untuk mengarang ayat di blog picisan ini. Maaf andai ada yang tertungu tunggu. Wahh gitu. Ok, entry kali ini adalah bekenaan dengan majlis merisik saya yang telah diadadakan pada 11 Jun 2011 hari Sabtu.

After mendapat persetujuan dari kedua dua belah pihak means belah perempuan dan lelaki lah kan. Saya teruja mesej suami dan segera berbincang untuk menetapkan tarikh untuk rombongan lelaki datang merisik. It is not that easy work ye. Diri anda dirisik haruslah menunjukkan sifat-sifat serta keperibadian seperti gadis melayu yang terakhir tapi janganlah sampai hipokrit. Just be urself.

xxxxx

Sebelum perbincangan waris atau keluarga terdekat di sebelah pihak perempuan harus ada bersama kira macam wakil untuk perbincangan tu nanti. So makngah dan pakngah serta atok dan wan sebelah mak saya pun hadirlah ketika merisik dijalankan. Disebelah pihak lelaki pun begitu mak, pak sedara dan mak sedara serta bangah dan kakngah turut hadir, suami tak hadir atas nasihat keluarganya. (dok risau sorang- sorang kat umah. hehehe)

Sewaktu pemilihan sedara mara yang hadir disebelah saya ni terdapat konflik yang berlaku, biasalah orang lama-lama terlalu terikat dengan adat. Langkah bendul, hantaran, semuanya menjadi isu. Hati saya tak tentu arah that time, kenapa isu isu yang tak sepatutnya di bangkitkan walhal Islam itu mudah tapi orang kita yang suka menambah itu dan ini. Its ok mak handle dengan sebaiknya. Ialah mak mana yang tak nak tengok anaknya bahagiakan. Mak just let go apa yang di soksek kan tu. Cayangg mak.

One more things, saya nasihatkan pada mak mak dan abah abah yang di luar sana tu jangan lah terlalu mendengar cakap cakap orang luar means orang yang terdekat. Oklah dengar boleh tapi ikut jangan. Sometimes diorang ni ada perasaan hasad dan dengki so itu la timbulnya hantaran letak mahal, cincin nak mahal semua mengikut nafsu. Sudahnya lelaki tak mampu nak tampung belanja dan tak kahwin lah anak nya tu. Orang luar just gelak kan sahaja yang sedih kita dan keluarga kita. So tepuk dada tanya lah selera masing masing.

xxxxx

Ok, that time saya takde la nak ring hunting ke, baju, mekap semua tak de. Just simple je. Mak mertua saya yang pilih kan cincin. Dan yang beruntungnya bila mak mertua yang pilih kita tak payahlah nak tau bajet berapa nak beli cincin tu tau tau nah sekian sekian harganya. Kalau kita dok pilih sama cincin tu tak ke kita serba salah untuk memilih cincin yang mahal, lagi lagi perempuan ni cepat kesian.

Diantara perkara perkara yang dibincangkan sewaktu majlis merisik dijlankan adalah:
..:tarikh untuk bertunang:..
..:anggaran tarikh nikah:..
..:jumlah wang hantaran:..
..:dll:..


Itu yang saya masih ingat lah. Saya tak join pun ketika perbincangan. Masa ni duduk kat bawah umah sambil mesej suami dan sambil sedap sedap tengok tv. hahaha. Suami dah dok risau tanya itu ini. Saya lagi la risau kan. Antara saya dan suami sahih la saya yang risau dan nervous terlebih. Yang paling saya terharu suami surprise kan saya siap bawak 3 hantaran masa merisik.

..: Buah-buahan:..
..:Coklat:..
..:di samping cincin merisik (termasuk jugak la tu):..

Suami tak cakap apa apa pun kat saya time tu. Siyes tak tau. Tau tau nah ada depan mata, gelabah gak lah saya sekuarga nak cari nak balas apa. Tapi tak balas pun cuma membekalkan lauk pauk sahaja. Katanya ikhlas dari suami saya.(iyeke?hehe, mekasyihh..)Saya sempat merasa sikit je selera tak de sebab hati terlampau gembira.Yang mengerjakannya adalah anak buah kesayangan ica dan aina (ada masa citer pasal 2 budak kecik ni, ye..)

xxxxx



After dah selesai majlis merisik tu mak pun turun jumpa saya, dan bagi cincin merisik ni kat saya. Tulah first time saya tengok cincin merisik. Saya sangat bepuas hati dan teruja sangat-sangat. Feeling die masih segar di ingatan. Sukanye hanya Allah yang tau. Rasa macam nak buat lompat bintang that time. hahaha. Simpan cincin tu dulu then salam salam, peyok peyok, lambai segala bagai bakal mak mertua that time dan ucap terima kasih pada semua yang hadir. Lepas tu saya pun terus msuk bilik call suami. Cakap terima kasihlah terharu segala bagai. Still tak puas tengok cincin. Tido pun pegang je cincin tu. Sweet je kan??Alhamdulillah...


Dah panjangkan citer saya. Ok, dikesempatan ini saya nak mohon maaf pada kawan-kawan saya, memang saya tak hebah hebahkan perihal merisik ni. Even kawan rapat time kecik pun tak jugak. Majlis buat secara tertutup, keluarga dan sedara mara sahaja. After bertunang baru lah saya uar uar kan. So jangan lah kecik hati okayy.Chill!!




p/s: HAPPY, :)

1 comment:

  1. Ada perbincangan berkaitan dengan Langkah Bendul dalam Semanis Kurma
    Semoga Bermanfaat

    ReplyDelete