April 25, 2012

Suri rumah tangga

salam,

Since seminggu bercuti untuk mid sem ni, best dapat duduk di rumah dengan suami.Hooray!!! Entry kali ni mahu berkongsi pengalaman mejadi suri rumah tangga yang beberapa hari je ni. Ingat senang ke jadi suri rumah tangga ni??Ianya bukan mudah kalau tak rasa sendiri. Segalanya must setle and clear everyday. Kalau dulu semua mak yang buat kita cuma tolong-tolong je kan? Sekarang tidak lagi saya yang kene jadi ketua dah tak boleh nak harapkan mak lagi dah. Salutelah kat mak-mak kita semua yang dari kita kecik sampai la sekarang ni menjaga kita. Huhu.

So, mari kita mulakan sekarang. Pagi2 bangun pagi lepas je tengok suami pegi keje dah dok fikir nak masak apa. (ni tipu) Kalau dah ada keinginan nak makan apa tu senang lah kan boleh sedia awal-awal tapi yang tak berapa nak berfikir laju macam saya ni ha macam mane? Ok, untuk saya, saya lebih suka suami yang request nak makan apa, nasi goreng ke? nasi campur ke?or yang ringan-ringan macam mee, mihun kue tiow (my feveret) or maggi. Hehehe. Kalau senang saya terus masak je tapi most of the time saya google search. Senang dan mudah tak payah nak beli buku resipi. Sebabnya saya ni kurang keyakinan terhadap resipi masakan saya ada je yang ragu-ragu. Ni kene masuk ke tak eh, macam tak je. That's why la saya suka sangat kalau suami mood tengah rajin membantu saya di dapur. Suami lagi hebat memasak dari saya, saya akui itu. Dia lagi advance dari saya. Nasi Arab, Beriani, Masak Rempah yang goreng-goreng tak yah citer lah kan semua dia dah terror. Saya dok kejap-kejap tengok laptop. Tapi walau macam mane hebat pun suami tetap jugak mahu masakan saya ni. Terima kasih kerana memberi penghormatan itu.


Ada satu hari tu suami request nak bawak bekal pegi sekolah. Tiba-tiba saya terbayang sweetnye bawak bekal pegi sekolah. Macam anak-anak plak. Untuk pengetahuan, saya suka treat suami seolah kanak-kanak kecil, sebabnya dia mempunyai wajah yang comel seperti kanak-kanak. Suka sangat bila saya usap kepala dia dan sambil memuji "ala, momeynye iyee". Tapi dia selalu tak nak mengaku dan tak percaya yang dia tu seorang dewasa yang berwajah comel seperti kanak-kanak.Sibuk dok puji hensem laa macho laa. Tapi bukan selalu lah kadang-kadang je ye. Ok back to the story. Saya gigih bangun awal ni, tak pernah-pernah bising kat dapur pagi-pagi tiba-tiba kecoh. Tu saya punya keje. Tapi yang bestnye kalau dah masak siap-siap waktu pagi tengah hari dah tak payah masak lagi dah. Malam selalu turn kakak ipar saya yang memasak. Ini time saya bermalas malasan sambil tengok TV. yeahhhh!!! (untung la duduk dengan keluarga mertua boleh tolong-tolong).Stop bab memasak.

*****

Mengemas rumah. Disebabkan saya masih tinggal di rumak mertua. (it's ok saya suka je sebab keluarga mertua saya Alhamdulillah ok tak seperti yang dibayangkan).;)kerja mengemas agak banyak ye. Tapi bab mengemas saya mempunyai kuasa untuk meyiapkan dalam masa yang singkat. Semasa mengemas tu saya membayangkan diri seperti superwoman. Over kan??Itu kenyataan okayy. Tapi kalau bangun lambat tu apa yang termampu je lah. Mengemas ni boleh dikatakan simple. Tak rumit seperti berada di dapur. Optional je bagi saya. Kihkih.

So far tu je kot yang nak dikongsi bersama. Panjang gak entry kali ni, tak perasan plak asyik menaip je dari tadi. Tengok-tengok nah kau. It's ok lah kan, buat hilang tension menyiapkan assignment yang banyak. Nervous ke nak jadi suri rumah tangga? Tak payah nak nervous sangat la, make it simple asal yang termampu je. Kalau tak nak, konklusinya belajar lah pandai-pandai, kerja hebat, gaji besar, nanti bolehlah amik orang gaji. Hohoho.:p






p/s: Rumahku Syurgaku...

No comments:

Post a Comment