April 15, 2012

When he proposed i said yes

Salam,

Rentetan dari entry sebelum ni klik sini. Ayat di atas adalah antara ayat yg ditunggu oleh semua wanita, kan? ok, ini yang terjadi pada saya dan rasa seperti mahu dikongsi bersama sebab ada input yang berguna. Pada yang sudi baca, bacalah. Pada yang tak it's ok.

Turning back for last year in month of April. Ianya terjadi beberapa hari sebelum habis final exam, that time saya baru part 4. Before that kami adalah merancang itu ini but still takde apa-apa tindakan. Ialah bile dalam sesuatu perhubungan mestila ada rancangan utk ke arah yg halal kan?kan?

So that time suami call dan cakap dengan saya yang dia nekad untuk inform maknya untuk masuk meminang. Saya seperti kebiasaan akan automatik eksaited yang amat. hihi, so cakaplah dgn suami yang after inform maknye saya plak yg inform family saya.Quiet nervous that time. Nervous yg sangat2 ok, sebab saya masih belajar, umur baru 22 tahun, not matured enough.


*****

After, suami inform then maknye pun bg green light. Alhamdulillah, saya sangat hargai mak mertua yang sangat positif memberi izin anaknya berkawin dgn saya yang masih belaja. Mungkin tanggapan orang akan berbunyik begini "tak pasal-pasal kena tanggung budak tu nanti, dah la blaja lagi dan bla bla bla.....". So next, tugas saya untuk inform family. Before tu harus ada fully preparation:

..:solat sunat istikharah:..
..:banyak baca artikel tentang kawin sambil belajar:..
..:baca buku ustaz dan ustazah kebaikan nikah awal:..
..:tengok siaran tv "Semanis Kurma"(sangat membantu, sbb satu family tengok bila siaran bermula plus peminat ustazah tu.):..


Alhamdulillah semua seolah- olah menyokong keputusan saya dan kuatkan semangat demi cinta ini. Mula- mula saya cakap dgn mak dulu.

Saya: Mak, hafiz nak masuk meminang. Boleh ke?
Mak: (senyum-senyum macam tak percaya lateww)hehe, bila?
Saya: Tunggu keputusan dari mak dan abah. Kalo jadi bulan 6 dtg merisik dan sebulan pastu bertunang.
Mak: Ok, ikat dalam setahun la kan?After hbis belajar kawin.
Saya: Eh xla mak, Hafiz ckp tak nak ikat lama2, dalam tahun ni jugak. Tu yang nak mintak izin mak.
Mak: Ingat nak ikat setahun nanti bincang dgn abah dulu.Mak ok je. Adik ok ke?
Saya: Ok, adik kawin bila dah dapat restu dari mak dan abah ye.(ini betul dari saya)


Sepanjang tu saya tak putus2 berdoa. Sangat risau. Masa tu cuti sem dah start. 4 bulan plak tu haruslah digunakan sebaiknya.Hehe, suami that time la yang banyak menyokong, bagi semangat dan sebagainya. Ingat lagi kata-kata si dia.

"Kalo mak dan abah tak bagi takpe, tunggu awak habis belajar dulu, yang penting kita cuba. Restu mak dan abah tu penting, bukan nak hidup sehari bersama tapi InsyaAllah sampai syurga..."(terharu this moment,)

*****

Nak tau ke perbincangan mak dan abah?Tak payahlah eh, panjang ni.Ok2 citer siket je.Ini pun hasil penceritaan semula mak saya kpd saya atas permintaan anaknye ni.

Mak: Hafiz nak masuk meminang anak kita boleh ke tapi kawin sambil belajar.
Abah: Ada ke org belajar kawin kat Universiti tu??Universiti bagi ke?
MAk: Ada je org kawin sambil blaja, bla bla bla..
Abah: Ok la kalo macam tu. Bila nak dtg?

(Saya: Alhamdulillah, semua dipermudahkan.)


*****

Ok cukup.Fuhh penat nih karang cerita. Macam tulah serba sedikit ceritanya. Bolehla dijadikan panduan kepada sesiapa yang nak kawin sambil blaja tu. Saya amat galakkan tapi haruslah bersedia fizikal dan mental, dan paling penting restu mak dan abah. Sekarang berbahagia bersama suami tercinta, family jadi bertambah ramai, ada kampung, hihi. Belajar pun Alhamdulillah ok.




p/s: L.O.V.E

No comments:

Post a Comment