August 02, 2013

Celebrating my birthday 24

Salam Ramadhan,

Sedar tak sedar kita ada lima hari je lagi nak berpuasa. Ramadhan bakal meningglkan kita Syawal pula yang akan menjelang tiba. Rasa sebak dan sayu je kan?

Dan Alhamdulillah tahun ni kelahiran saya jatuh dalam bulan Ramadhan iaitu 22 Julai 2013 bersamaan dengan 13 Ramadhan 1434H. Alhamdulillah seronok sangat.

Pada awalnya suami nak celebrate besday saya makan di hotel. Tapi at last suami nak buat majlis berbuka puasa kat rumah panggil 2 2 belah keluarga sekali. Bermaknanya sambutan kali ni. 

Jamuan dibuat pada hari Ahad malam, kiranya hari Isnin tu dah birthday saya. Kira ok la semua dapat hadir on that day. 

Persediaan bermula dari pagi Ahad tu lagi. Sebab dah bincang bincang menu apa nak dimasak.

Suami confident nak masak nasi arab lagi after first trial menjadi. Klik sini. So, menu hari tu adalah nasi arab, ada kambing dan saya pula suggest masak ayam masak merah. Ada la sikit kemelayuan kat situ. Keluarga pun boleh pilih mana pilihan di hati.

Masak memasak settle dalam jam 5.30 then keluar pergi beli kuih muih je kat bazar. Just beli murtabak dan roti jala. Suami beli la kuih pelita. Sampai sampai rumah habis semua kuih pelita tu tertumpah. So sad kan? Tapi saya teringin sangat nak rasa dapat la rasa jugak sikit sikit yang tinggal. Yang lain semua buang. Takkan nak hidang jugak macam tu rupanya.

Dah dekat nak maghrib tu, family pun dah ramai yang datang. Family saya pun bawak makanan lain sebagai tambahan. Ikan masam asam pedas, sayur dan kuih gula melaka. Dah penuh satu meja.

Bila dah masuk berbuka puasa just makan ringan ringan je dulu. Then terus siap siap sembahyang maghrib berjemaah. Part ni seronok sangat sebab dapat solat ramai ramai kat rumah sendiri dengan 2 2 family ada. Tak sangka muat. Lain kali boleh lah plan camni lagi.

Lepas solat, suami terus baca doa selamat untuk birthday girl ni skali. Rasa macam tersusun je dan keaadan pun terkawal, sebab semua pun mengaminkan dalam suasana yang tenang dan bersedia. Dengan berwuduk sekali.

Then, lepas tu salam salam dan makan la apa lagi.


Kita layan gambar plak. Adik ipar yang capture semua gambar ni. Saya dan suami dah tak sempat nak snap pic dah, buzy la katekan.





Menu utama: Nasi arab dihidang dalam dulang (arabic style), papadom, zultoh (sambal) , laban (susu masam), ayam masak merah, dan sayur.


Inilah dia hidangan yang dinanti nanti. Kambing kabsah. Habis licin siap bertambah tambah lagi tu. Alhamdulillah, lepas ni boleh dah buka restoran arab. Hihihi.


Ini pula side dish @ kuih muih. Ada roti jala, murtabak, kuih melaka dan buah duku.


Kat meja lain ditempatkan plak air dan kek. 


Kek birthday saya: 
"Selamat Hari Lahir Isteriku Siti Fatimah yg ke 24".
Terima kasih suamiku.



Ni lah anak anak buah penyeri majlis sambutan. Diaorang pun behave je takde nak kacau kacau masa saya potong kek. Yelah sebab saya pun childish lagi. Maksu la katakan. Gambar pun tak proper, suami yang berjubah hitam (orang kuat majlis), kat belakang tu abah saya.


Ini time pembahagian kek. Sedap kek ni.  


Budak budak teruja makan kek. 


Gambar insan insan tersayang yang menghadiri majlis.


K.lang, Liya, K.Zami, Ina, emak saya dan mak mertua saya. Dan si kecik tu nama dia Syamil.


Biras dan adik ipar belah suami saya.


Si kecik Syamil yang menjadi rebutan.


Last sekali dessert aiskrim. Yang jeli warna merah tu mak mertua buat. Kena makan dengan aiskrim. Sedap! Budak budak lagila suka.
.
.
.
.
.


Perfect!


Alhamdulillah...


Terima kasih suamiku untuk sambutan hari lahir yang sangat bermakna.


Semoga kami dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan berbahagia hingga ke syurga. Aminn..


No comments:

Post a Comment