July 25, 2013

Menu juadah berbuka puasa

Salam Ramadhan,

Hee, bulan puasa kali ni adalah pertama kali duduk di rumah sendiri. Tahun lepas puasa saya praktikal di USIM nilai. Pergi pukul 7 pagi sampai pulak dalam pukul 5-6 petang. Nak masak tu memang tak lah kan. Memang balik dah penat. So, nasib baik ada adik ipar dia la yang masak untuk berbuka plus sahur. Huhuhu. Saya tolong tolong mana yang patut je.

Tapi sekarang, saya dah bekerja dan duduk di rumah sendiri. Nak tak nak kenalah masak kan. Tapi, tapi, tapi saya bergilir gilir masak dengan suami. Hihihi. Nasib kerja cikgu balik pukul 2 petang boleh rehat dan tidur dulu bila nak petang baru masak.

Oklah, panjang plak mukadimahnya. Jom tengok juadah berbuka yang sempat di snap.



Ha, ni masakan suami. Cuba teka apa? Nasi arab kabsah kambing plus ayam. So yummeh. Rempah kabsah di buat sendiri. Kalau nak resipi sila inform ye. Memang sedap. Saya kalah kalau bab masak masak beriye iye camni. Yang boleh simple simple je dan yang selalu di masak. 



Yang ni plak, turn saya yang masak. Bulan puasa ni craving masakan mak saya je. Mihun basah ni ala ala resepi mak saya la ni. Tapi sedap lagi mak yang masakkan. Selebihnya lauk sambal ikan bilis dan kobis masak lemak. Masak untuk sahur sekali. Senang boleh tidur balik lepas tu. ;p



Gambar seterusnya masakan suami. Nasi minyak dan ayam masak merah. Separuh makan baru teringat nak ambil gambar. Sedap sangat. Pekena plak dengan sirap sejuk. Perfect! 

Next....


Kuih muih ni beli frozen je. Senang makan pun berdua. Jimat pun jimat. Puasa ni baru 2 kali je pergi bazar. First time pegi, punye la sesak orang. Pastu dah taubat tak nak pergi dah. Suami pun tak suka sangat makanan bazar. Lebih prefer masak sendiri je. Lagipun sapa la nak makan banyak banyak tu. 


Yang ni apa ye? Hehehe. Ini kalau tak silap ayam masak kuzi. Dah sah sah kalau menu pelik macam ni yang masak adalah suami. Hihihi. Sewaktu suami masak kerja isteri adalah tidur. Bila bangun tau tau je dah siap masak. Bau je dah boleh menggoda. Makan apetah lagi.


Last sekali menu ni baru semalam masak, mee basah. Resepi dari mak jugak. Tapi betullah kata orang bila dah kahwin ni mesti praktikkan apa yang mak masak dulu. Kalau teringat boleh kecur air liur. Dan dan tu jugak nak makannye. Nasib selalu tolong mak kat dapur. Pandailah jugak masak sikit sikit. Ekhem!


Tu je la antara gambar yang sempat di ambil. Later on cerita lain la plak. 
Asyik makanannye je boring la kan. 


Erkk, kenyang Alhamdulillah.


Bye, ;)

No comments:

Post a Comment