August 05, 2013

Royale Bintang Hotel ~ Puzat Zakat Negeri Sembilan

Assalammualaikum,

Awal awal lagi dah tak tau nak mula entry macam mana. Huhuhu. 

Actually ni baru lepas balik shopping. Kira ni last shopping la untuk raya ni, after this duduk rumah tunggu raya je la gamaknye. Hari ni shopping memang puas hati, cuaca pun seolah olah memahami tak panas terik sangat. Semua yang dihajati pun tercapai.

Betullah kata orang shopping itu terapi. Kalau semua dapatlah, kalau tak stress jugak.

Besok, before balik raya marilah bergotong royong kemaskan rumah pulak. Jangan malas malas ye!


Back to the story, al-kisahnya buka puasa saya di hotel royale bintang tersebut adalah jemputan dari pusat zakat. Ini adalah kerana membuat pembayaran zakat melalui internet banking.

So, kira pusat zakat nak menggalakkan or appreciate kiteorang ni dengan cara berbuka puasa di hotel.

Bagus bagus, keep it up!

Perut kami pun kenyang.


Layan gambar je...



Ini adalah surat jemputannya. Kalau rajin nak baca zoom la ek. 


Waktu ni dah pukul 7, memang sesak la kat depan ni orang beratur. Yang dah buat reservation tu, nak cek nama lagi. Nasib pusat zakat ada kaunter sendiri so masuk pun laju je. Servis yang tiptop.


Siap ada persembahan lagi. Oklah buat halwa telinga masa makan makan tu. Boleh la feeling sket. Walau, masa tu kepala dok ingat nak makan banyak banyak je. Hihihi.


Sempat snap kat sini. Suami la yang rajin snap gambar ni. Lepas tengok balik cantik jugak background dia. Isteri dia ni memang tak nampak benda lain selain makanan yang sedap sedap tu. Faham faham je la ;p.


Taraa, ini makanan saya. Tetap nak ambil nasik jugak even ada banyak pilihan lain. Memang melayu sungguh lidah ni.


Yang tu pulak makanan suami. Pun sama je menu nya. Air tu bila diingat balik perghh telan air liur dibuatnya. Lebih lebih lagi menaip ni tengah puasa lagi.


Yeay!!! Ni saya yang snap, dah makin kurus dah iyeee, sejak puasa ni. Ish ish tak boleh jadi ni. Kena gemukkan balik after raya ni. Hee, takdelah oklah macam ni asalkan sihat.


Kami. Sementara tunggu azan apa lagi bergambar je la kejenya. Tema warna adalah warna hijau. Nak jugak sedondon tu.


Inilah dia tag Pusat Zakat. Terima kasih pusat zakat kerana belanja kami makan di hotel ni. Merasa lah jugak puasa kali ni berbuka puasa di hotel. Memang rezeki la orang kata. Sebab plan nak makan di hotel masa besday saya hari tu. Tapi tak jadi so, kira macam takpela kan. Sekali dapat jemputan, Alhamdulillah sangat. 


After solat maghrib sambung makan balik. Menu yang simple simple je. Ni pun banyak yang tak habis. Tapi ambil jugak. Dasar tamakkan? Hee, just nak puaskan hati. 

Oh ye, kalau kat hotel ni jangan lupa ambil kek or pastry dia. Memang sedap, tapi tak sempat snap dah habis licin. Huhuhu.


Last sekali dapat doorgift dari pusat zakat. Isi dalam dia ada tabung, sampul raya dan kurma 3 biji. Sukanya dapat tabung, bolehlah masukkan duit syiling banyak banyak. Ekhem!!! Agak agak yang suka sepahkan duit syiling tu sape? Dan yang rajin kutip tu sape la kan? 
So beware!!!



Till then,


Counting for this coming Syawal,
Crying for leaving Ramadhan.


Sob sob sob ;(

No comments:

Post a Comment