July 30, 2013

Iftar di Umai Kopitiam, Senawang

Salam Ramadhan,

Ini adalah iftar kali pertama buat saya dan suami di luar. Dan tempat yang menjadi pilihan adalah di Umai Kopitiam. Restoran baru tapi eksklusif dan makanan pun walllahh sedap. 

So tengok gambar je la. Takde idea nak menaip.



Makanan ready on the table. Yeayyy!!!


Ada 4 jenis makanan. Nafsu nafsu...


Sambil tunggu azan snap gambar macam biasa lah kan.


Suami dah makin kurus sejak puasa ni. Huhuhu, dah tak geng la camni.


Review makanan satu satu plak ye. Yang ni more close up.



Saya punya pilihan adalah Nasi goreng cili padi. Sedap tapi agak kering sebab takde sup. Tapi setiap kali pergi sini, ini adalah antara menu pilihan. Maybe sedap pedas sebab tu saya pilih ni kut.



Roti jala, ala ala side dish untuk berbuka ni. Macam kuih muih la. Roti jala ni adalah Set B. Beza set A dan set B adalah ada ayam dengan tak. Tu je. Sedap tapi sebab ada makanan lain so just makan sikit sikit je.


Makanan suami. Tiap kali datang sini mesti order menu ni. Dan menu ni antara yang popular iaitu Nasi goreng UK. Ok la kot, saya tak pernah order ni. Just rasa suami punya je.


Ini pun nafsu jugak. Lamb grill. Yummeh, saya suka sangat dan saya la yang paling banyak makan. Hihihi.


Air plak, saya order fresh orange. Suami punya air tak sempat nak snap. Tapi nama air dia Rembau most wanted. Unik kan??? Ala, air dia macam tembikai plus nata de coco plus laici. Tapi memang sedaplah kan.

Ok tu je, hasil dia memang semua pinggan licin, ;)


Sila lah datang ke sini. Memang best konsep ala ala kopitiam, ada musik islamik dan nama nama minuman adalah unik. Semua bertemakan nama nama daerah di N9.


Bye, ;)

No comments:

Post a Comment