June 17, 2013

Cuti sekolah: KLIA, Golden Palm Tree dan Melaka ♥

Assalammualaikum,

Cuti sekolah dah habis, cerita pun dah basi baru la nak update kat blog ni. hihihi. Tapi takpe disebabkan almost 3 months tak update blog mohon dimaafkan la ye.
 
So, cuti sekolah ni hantar my family iaitu abah, mak, kakteh n liya pergi menunaikan umrah. Sedih tak dapat join sekali tapi takpe next time, insyaAllah. Rindu pada kaabah, mekah, madinah, shopping errkk dan juga makanannya. ;)

Ni ada beberapa keping gambar sewaktu di KLIA. Flight delay agak lama. Tunggu je la dengan penuh kesabaran di situ.


Before that, ini sewaktu solat subuh di RnR nilai lekas. Yang pergi umrah adalah lima dari belakang. Mak ngah, mak, liya, abah n kak teh. Yang berbaju merah sibuk menyelit dengan dak kecik 2 orang tu.hihi ;P Bertolak dari Jelebu jam 5 pagi. Awal giler kan??


Gambar ni beramai ramai bila da smpai KLIA. Ramai tak ramai jugakla yang pergi menghantar.


Gambar pun tak banyak mana nak di sharekan. Supposed flight jam 11.30pagi tapi dalam jam 2.30petang baru masuk balai berlepas. Bila call tanya naik flight jam 6petang. Itulah antara cabaran dan dugaan sebelum sampai ke kota suci Mekah. Sabar je lah kan. 



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



After dah naik flight tu terus saya dan husband decide nak pegi jalan jalan area Sepang. Apa lagi pergi area Golden Palm Tree Resort la. Just cuci mata je sambil survey harga. Selebihnya duk ambil angin kat tepi pantai je sambil tengok orang main layang layang.

Time ni air laut surut. Tak nampak cantik sangat hotel tu. Maybe bila air dah naik baru best. Sebab boleh tengok air laut dari bilik je kan. Hee, bila la boleh check in kat sini. Tapi tula kalau tidur sini pun takde tempat yang menarik nak pergi selain menghabiskan masa kat bilik mahal tu je la kot.
 

Sempat lagi snap picture tengah duduk berdua di bawah pokok. Angin laut kat sini kuat ramai yang main layang layang. Nak mandi tak dapat air surut. Kami just cuci mata sahaja. Heee.
 
 
 
Sekejap je kami kat sini. Solat, makan dan terus balik. Then dalam perjalanan tu suami ajak pergi Melaka plak. Alang alang dah bercuti ni kan. Saya on je la, even mata dan badan dah penat bangun seawal pagi tadi. Pertengahan jalan saya dah start tidur suami la yang gigih drive sorang sorang. Kesiann kat iyee.
 
 
 
Layan picture je la ek:
 
 
 
Ni kat Melaka River Cruise. Kat belakang tu adalah barisan cruise yang menanti penumpang. Makan dulu before naik cruise ni. Bayaran RM 12 je.
 
 
Dalam bot, tapi tak nampak plak airnya. Best naik cruise ni dalam 40 minit perjalanan pergi dan balik. Romantik la malam malam melawat Melaka dari sungai. Tapi air kat sungai ni agak berbau. Banyak kali terpercik kat muka. Euwww.
 
 
Lepas naik cruise pergi area Menara Taming Sari. Request kat husband nak naik beca plus nak pergi Jonker Walk. Sebab tak pernah pergi lagi. But before that amik gambar atas beca dulu. Agak ngeri naik beca ni sebab selisih dengan kereta. So pasni kalau nampak beca sila beri laluan kepada mereka ye. Bayaran dari Menara Taming Sari ke Jonker Walk RM11. Hati hati ada yang menipu harga. Kena pandai survey. Hee.



Dah sampai pun. Meriah Jonker Walk ni. Time ni baru jam 9 malam. Awal lagi dan mostly ramai sangat orang Cina. Sesak sangat.
 

 
Saya pun nak bergambar jugak. Overall takde yang best pun kat sini. Menyesal pun ada. Sebab barang dan makanan adalah bertemakan Cina. So tak dapat beli apa pun dapat penat adalah. Dahlah jauh nak menghabiskan satu tempat ni. Jalan laju laju je la. Suami senyum je, dah isteri dia ni nak sangat pergi.
 
 
Mula mula nak check in je kat Melaka ni kat mana mana hotel budget. Tapi kami macam berat hati je better balik rumah tidur lagi best. Boleh jugak bangun lambat. Tettt. Kalau kat hotel kan kena check out kul 12 nanti nak drive lagi. So gagahkan jugak balik malam tu. Sampai rumah around 1 lebih. Penatnya la percutian tapi best.
 
 
Dah la tu, lain kali update lagi.
 
 
Bye.
 
 

1 comment:

  1. tmpang lalu….post yg sgt menarik..as member golden palm tree sy bleh dptkn best rate RM 350 for 2D1N and RM650 for 3D2N..Email abuburn888@gmail.com (0122208140)

    ReplyDelete