June 20, 2013

Home made Kenny Roger Roasters

Hai, 




Siapa yang friends dengan saya di facebook, mesti dah pernah tengok gambar makanan ni kan? Hee, sekarang ni asyik nak makan makanan western je. Yela, hari hari tengok asian food channel mana tak terliur kan. 

So, disebabkan itu dengan gigihnya saya menggoogle resipi masak ala ala kenny roger roaster ni. Bila dah 2-3 kali buat ni, rasanya masakan western lagi senang dari malay. Step pun dah ingat sikit sikit, dah tak payah tengok resipi lagi. 

Boleh la nak share dengan korang. Try la ek jimat dan cepat je.

Resipi nasi:

Bahan- bahan

:: 1 cawan beras (sebab makan berdua je) ::
:: 1 inci halia ::
:: 2 biji bawang putih ::
:: 1 biji bawang kecil ::
::1/2 biji bawang besar dihiris bulat ::
:: 1 sudu garam halus ::
::1 sudu susu pekat ::
:: bunga cengkih ::
:: sedikit kiub ayam ::
:: 3 sudu besar marjerin/butter/minyak masak :: 
:: potong dadu carrot/tomato/capsicum merah (optional) ::


Cara- cara

:: kisar halia, bawang putih, bawang kecil dan air 1/2 cawan. ::
:: panaskan marjerin/butter/minyak masak, bunga cengkih dan bawang besar
masukkan bahan kisar. ::
:: masukkan garam, kiub ayam, susu pekat, 1 cawan air dan carrot/tomato/capsicum merah
matikan api. ::
:: basuh beras, masuk dalam bekas kukus dan masukkan bahan yang ditumis, kukus sampai masak (45 minit) boleh tambah air masa kukus kalau nasi keras. ::

Resipi ayam/daging:

Bahan- bahan

:: ayam/daging ::
:: serbuk black pepper ::
:: serbuk rosemarry ::
:: serbuk paprika ::
:: serbuk white pepper ::

Cara- cara

:: gaulkan kesemua bahan ::
:: perapkan sekejap (lama lagi bagus) ::
:: bakar dalam oven 30 minit :: 

Sos  ayam/daging:

Bahan- bahan

:: marjerin/butter ::
:: potong dadu 2 biji bawang putih/bawang kecil ::
:: susu cair satu cawan ::
:: serbuk black pepper ::
:: 1/2 cawan tepung jagung/gandum ::

Cara- cara

:: panaskan marjerin/butter dan letak sikit minyak masak ( supaya marjerin/butter tak hangit) ::
:: masukkan bawang putih ::
:: masukkan susu, black pepper ::
:: masukkan tepung jagung/gandum ::

Resipi mashed potato:

Bahan- bahan

:: 2-3 biji ubi kentang ::
:: marjerin/butter ::
:: susu segar ::
:: serbuk black pepper ::
:: garam ::

Cara-cara

:: rebus ubi kentang sampai empuk ::
:: blend/ tumbuk/lenyek  ubi kentang ::
:: masukkan marjerin/butter, susu dan ubi kentang ::
:: masukkan garam dan serbuk black pepper :: 

Sos mashed potato:

Bahan- bahan:

bahan A,
:: 1 biji bawang besar dihiris ::
:: 1 1/2 kiub pati ayam ::
:: air (agak- agak) ::
* 3 bahan ni didihkan dulu sampai betul betul masak

bahan B,
:: mentega/butter ::
:: 2 sudu sos tiram ::
:: 2 sudu tepung jagung/gandum ::
:: serbuk black pepper ::
:: bahan A (yang dah didih tadi) ::

Cara- cara:

:: cairkan mentega/butter ::
:: masukkan tepung jagung/gandum ::
:: masukkan bahan A sedikit demi sedikit dengan serbuk black pepper ::
:: bila dah sebati masuk sos tiram ::
:: rasa sikit, kalau kurang masin tambah garam ::

Resipi coslow:

Bahan- bahan

:: kobis dihiris halus :: 
:: carrot dihiris halus (optional) ::
:: mayonis::
:: sedikit garam ::

Cara- cara

:: campurkan kesemua bahan dan masukkan dalam peti sejuk ::



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Layan gambar hasil masakan saya dan suami.




Ni kali pertama masak. Rajin siap masak nasi kukus dan mashed potato. Siap bahagikan tugas, suami bakar daging dan buat coslow. Saya plak buat mashed potato dan masak nasi. Suami memang terror bab bab masak bakar bakar ni. Saya tengok dan belajar. Dan sekarang dah confident buat dah. First time masak ni guna daging. Rasa memang sebijik Kenny Roger Roaster. Tak tipuuu. Siap candle light dinner lagi tu.




Kali kedua masak, nasi masak biasa je, dan goreng kentang je. Haha, pemalas kan. Tapi sedap je. Hari tu terlebih rajin. Asalkan cukup protein, karbo dan sayur. Kali ni guna ayam. Ternyata ayam lagi sedap lebih lebih lagi bahagian thigh. 



Agak agak kalau nak merasa masakan saya tu. Do contact me awal awal lah ye. Kalau tak, tak sempat la nak masak masakan special ni. Cewahhh.


Rajin rajin lah cuba ye.

Bye.




2 comments:

  1. Salam, sy follow blog sis n sis follow blog sy yer...jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.

    ReplyDelete
  2. Salam, tq follow sy. sy da follow balik, ;)

    ReplyDelete