December 09, 2012

Majlis Konvokesyen Degree


Assalammualaikum,


Selamat hari Ahad semua, petang petang camni hujan turun dengan lebatnya. Saya perasan sejak kebelakangan ni saya malass sangat nak update blog. Suka blogwalking baca orang punya blog je. hehehe, ;p.

Tapi tadi tengok suami dok baca entry saya yang lepas timbul kasihan di hati saya. Suami adalah pembaca tegar blog saya. Love you hubby. Disebabkan itu timbul kesedaran untuk kembali aktif menulis. Kesiann kat iyee.

Ok, dinasihatkan ini adalah entri panjang saya. Malas nak buat beberapa part. So, saya akan bertabah untuk menaip kisah konvo degree saya pada 28 November 2012 (Rabu). Hope you guys enjoys read part of my life story.

Al-kisah bermula lagi seminggu nak konvo saya mula kelam kabut cari my konvo outfit. Biarlah orang lain tak semangat ke hape, tapi saya dan family sangat menitik beratkan pakaian sewaktu majlis konvo berlangsung. Mak siap pesan lagi beli baju yang longgar2, mahal dan cantik. hehehe, love you mak.

Ternyata baju pilihan saya tak menghampakan mak. Tema baju adalah warna gold dan tudung sedikit kehijauan. Saya dah jatuh cinta dengan warna gold since tema majlis kahwin adalah warna gold dan nampak mewah giteww. Kat bawah nanti bolehlah tengok macam mana rupa baju saya ye.

Bila tiba hari konvo saya bangun seawal pagi iaitu jam 5. Tidur pun tak lena sebab takut terlajak.Gerak dari Seremban dalam jam 6.30 dan Alhamdulillah timing ok, walau hati risau sangat takut jamm atau lambat sampai.

Sampai sampai je tengok kawan kawan semua dah beratur, cepat cepat cari kedudukan nombor saya. Dah la depan nun, dalam cari cari tu sempat jumpa K. Nisa kejap lepas tu dah tak jumpa. Tak sempat saya nak bergambar, gossip dan bercerita lebih lebih. hee, ;)



Tengok gambar plak ye:





:: Gambar ni diambil sewaktu tengah beratur sementara menunggu nak masuk dewan. Bergambar dengan Siti, sebab nombor selepas saya dia. Oh ye nama dia pun Siti Fatimah Zahra. Tu je nama kawan yang dekat dengan saya. Hasrat nak pakai selempang pink tak tercapai. Tapi saya berpuas hati dan syukur kerana berjaya mendapat yang terbaik jugak, Alhamdulillah.::


:: Bila dah dapat tempat duduk cepat je amik gambar. hehehe, ;) Kenangan kan nanti boleh belek belek bila dah tua. Nak tunggu konvo master tak tau la bila gamaknye tapi InsyaAllah saya akan ambil master juga satu hari nanti. ::


:: Kad ni cuma sebentar sahaja di genggaman, sempat la snap sebagai bukti. hehehe, ;). Tak lama lepas tu dah kena panggil beratur untuk ambil skrol. Berbeza sewaktu diploma dah akhir majlis baru turn saya tiba, bila degree ni tak sempat nak panas tempat duduk tu dah nama kena panggil. ::


:: Saya paling suka gambar ni. Saya teruja nak mms gambar ni kat suami, sebab nak bagi dia tau macam mana saya kat dalam, tapi line maxis kat situ amat menyakitkan hati. Sampai ke sudah tak delivered lagi. Dah la line internet slow gilee. Boring je duk lama lama dalam tu. (hee, kan dah membebel...)

Sebagai selingan...

Dalam dewan saya sibuk msg suami tanya dia buat apa dan tunggu kat mana semua. Pastu banyak kali ingatkan ambil gambar saya bila turn ambil skrol nanti. hehehe. Time dah nak beratur tu sempat lagi msg, "Ok abg, ayg nak beratur dah ni, henfon ayg tinggal dalam dewan tau." Sekali nak dijadikan cerita tak sempat nak simpan henfon dah kena bergegas beratur. pfffttt. Nak tau mana saya simpan henfon tu??? hahaha, biarlah rahsia. Yang penting, saya sudah selamat ambil skrol tersebut dan mintak mintaklah gambar ok seperti sewaktu diploma dulu. Perfect angle*.



:: Alhamdulillah ianya telah selamat menjadi milik saya. Sobs sobs sobs, ;). Terima kasih untuk my groupmate, class mate, suami, emak, abah dan keluarga. Ini semua adalah sumbangan anda semua. Tanpa doa mak dan abah siapalah saya di dunia ni. Kawan kawan yang bertungkus lumus menyiapkan assignment. Syikin, Yana, Asma, Julia, Izati yang pernah segroup dengan saya. Dan suami sentiasa memberi semangat di kala sesetengah dari mereka meragui kemampuan saya dimana saya berkahwin semasa belajar. Akhirnya terbukti yang saya boleh melakukannya. Bi iznillah, dengan izin Allah jua, ;) ::


:: Barisan depan sekali. Actually barisan saya yang kedua, Tapi bila pelajar ANC semua dah keluar bergambar kat depan saya kosong. So, pindah tempat la. Sebelah tu Athira asyik borak je dengan dia dalam dewan tu. Yang laki tu tak kenal, next Jul, Yana dan Nadiah. Semua pernah jadi classmate saya. Miss them, ;)



:: Inilah gambar yang sempat di snap oleh suami dari luar dewan. Lepas dah tengok saya ambil skrol, suami lepak dengan bf has, Aizat dan jumpa sorang kawannya yang mengajar di UiTM ni jugak. Alhamdulillah, suami dapat tengok saya di pentas. Seronok saya, ;) ::


:: After keluar dari dewan tercari cari suami dan keluarga. Then, dapat sejambak bunga ros biru dari suami tercinta. Kira kira ada 11 kuntum semuanya. I love you my hubby. Warna kegemaran suami warna biru dah dia pun suka tengok ros biru ni sesuai dengan warna tudung saya katanya. ::


:: Gambar berdua kami. Rapat rapat giteww di kala terik mentari. Aummm. hehehe. Waktu ni tengah cari mak, abah dan adik beradik yang lain. Still tak jumpa mereka lagi. Sempat la snap dulu mana yang ada. ::

 :: Di depan pintu dewan. Bolehla dah semua tempat penuh kat sini je la saya posing. ::


:: Yeay!!! Emak dan abah, rupa rupanya mak dan abah dah pergi makan dulu. huhu, after jumpa cepat cepat bergambar. Love them, ;). Bunga bertambah lagi dari kaklang dan abg ipar saya dan lagi satu dari kakteh dan liya. Emak dan abah tak bagi bunga. Tapi bagi duit. Alhamdulillah. Terima kasih semua kerana memeriahkan majlis konvo anakmu ini. ::



:: Dihadapan Dewan Agong Tunku Canselor. Anak buah yang sulung dah mula buat perangai. Dah start nangis2. Tak bagi peluang kat Mak Su dia ni bergambar sakan. Maklumlah cuaca panas budak2 pun meragam la. Yang belah kiri tu Kak Lang saya. Dia pun ada bagi duit kat saya dengan bunga sekali. hihihi, ;) ::


:: Gambar full kami. Tak sempat nak bertukar tukar jubah. Sebab dah nak balik time tu. Lapar dah perut masing masing. Nak settle jubah lagi. So saya je la yang pakai jubah tu sampai ke sudah. Kat gambar tu ada abg ipar saya dan jugak kakteh. Pandai pandai la cari ek. ::


:: Gambar ni sama je sepeti di atas, cuma ada Liya kakak saya yang pkai baju warna pink tu. hihihi. Faham faham je lah takde official photographer so kena la gilir gilir. Yang penting saya tetap ada. hehehe, ;) ::


:: Tangan penuh dengan bunga bungaan. Suami pegang skrol dan bear yang asyik jatuh. hehe. Suka sangat dapat bunga. Yeahh!! Dan sekarang ni semua bunga bunga dijemur di luar rumah untuk dijadikan bunga kering. Biar tak luput selama lamanya. ::


:: Gambar saya dan suami bersama emak dan abah. Terserlah wajah kegembiraan saya. Hadiah yang tidak ternilai buat mereka yang saya sayangi. ::



:: Masa nak hantar jubah terjumpa Izati terus ajak bergambar sekali. Tahniah dapat ANC, dan selempang pink itu, ;) ::


:: Ini Shima, my housemate. Sedih tak dapat bergambar dengan semua "Desperado Housemate". Mesej Sema, one of my classmate n housemate, dia kat tempat lain saya kat tempat lain. So, cancellah nak bergambar bersama. Ni pun dah nak pulang jubah. So tak sempat la. ::


:: Bergambar dengan Has dan pulangkan jubah bersama sama. Kawan since diploma. Ahli FYTH yang lain tak sempat nak bergambar full. Ada banyak gambar kat kawan kawan. Belum sempat ambil lagi. Mana yang ada je la. ::


:: Last but no least kat rumah dapat hadiah lagi. Dapat coklat from my hubby. Sedapnyaaa, ;) ::



Semoga segala kenangan manis, pahit akan kekal di ingatan. Buat emak dan abah, suami dan sahabat sahabat ku terima kasih yang tidak terhingga. Kenangan sewaktu di pengajian akan tetap segar di ingatan. Masing masing sudah membawa haluan masing masing hanya gambar menjadi pengubat rindu ini. 



"Tahniat buat semua graduan Istiadat Konvokesyen 77 sidang yang ke-9"



LOVE them, ;)




1 comment:

  1. Tahniah tyma.. asl gmbr senget2 ni.. skit kpla aku tgk..hahha..sdh kan xdpt amek gmbr rmy2 dgn desperado housemte..nsb bek smpt amek gambr nga ko.. btw, miss u..

    ReplyDelete