December 11, 2012

Johor: hari 1 (Senibong)


Salam guys,


Anyway, saya nak ceritakan pengalaman saya bercuti di Johor Bahru. Memang dah lama plan, baru lah dapat pergi. Pergi pun 3hari 2malam je, hukhuk. Tak puas rasenye. Then untuk trip ni saya akan ceritakan hari demi hari la ye. Boleh lah sape sape yang nak pergi Johor nanti cari idea di blog saya nanti. hihihi, ;)

Sempena cuti sekolah ni saya, suami, mak, k.lang, liya dan anak buah tisha pergi la Johor Bahru tujuan utama untuk pergi ke Legoland. Sekarang kan tengah famous tempat tu. Tu yang teruja gile gile nak pergi. hehehe, ;). Anak buah siap countdown lagi bila hari nak pergi Johor. Kesiann plak kat dia kalau tak jadi pergi. Comeyy je.

Bertolak dari Seremban dalam jam 3 petang. Perjalanan ke Johor mengambil masa dalam 4 jam lebih. Penat duduk dalam kereta je. huhuhu. Sampai sampai terus contact k.teh. Sebab penginapan adalah di rumah dia. Savelah budget di situ. Lagi satu apa gunanya kakak kan kalo tak bawak adik beradik dia berjalan. kihkih. Hari pertama tak banyak cerita pun, sampai pun dah malam kita terus dinner.

So, dalam jam 7 macam tu terus gerak pergi Senibong boleh dikatakan tempat makan famous di Johor Bahru. Persekitaran dia juga menarik, tepi laut giteww. Menghadap laut, kira seberang tu dah Singapore. Tengok dari jauh je la. Next plan, kita pergi Universal Studio Singapore plak ye abggg, InsyaAllah.

Back to the story, perut masing masing pun memang tengah lapar apa lagi order macam macam la kan. Kat situ memang kita boleh dapat makanan laut yang segar segar dan saiz super besar. Memang teruja jugak la tengok sebab kat n9 ni macam susah nak dapat je kan. Ingat macam tak cukup tapi sekali nah, bercinta jugaklah nak menghabiskan tuh.



Layan gambar pulak:





:: Masa ni kat RnR tengah tunggu masing masing siap sembahyang. Suami pun dok main la jongkang jongket dengan tisha. Tisha malu nak pandang camera. Sweet je, ;) ::


:: Safely arrived, inilah dia Senibong tu. Waktu ni pun dah penuh kereta, belum lagi masa nak balik, lagi la penuh kann. Parking berbayar ada orang yang manage kan, so very the systematic. Dulu pun  penah pegi masa kecik kecik. Tapi tak hingat la pulak. Rasa macam takde mende alah ni kut. hihihi.  ::


:: Muka saya lagik. Sebenarnya nak tunjukkan sign kat belakang tu, Senibong Seafood. Bukti dah sampai sini. ::


:: Turn suami plak, ini first time suami datang haruslah paksa dia bergambar. hehehe, ;). ::


:: Inilah yang saya cakap tu, besar kan ketam tu??? Nama dia Ketam Batu. Takut jugak lah nak pegang boleh putus jari silap silap. Ambil 3 ekor, rasa macam sikit tapi bila dah ngap penat nak habiskan. Kulit punye lah keras, siap guna spanar nak kopek ketam ni. Tak caya??? Nanti ada gambar, sabar yeee. ::


:: Wajah kegembiraan terserlah dapat makan sedap sedap. Haaa, pilih jangan tak pilih. Banyak lagi tu. ::


:: Sambil tunggu makanan sampai takde keje amik ler gambar. Kat tepi tu dah laut. Tapi time ni air surut lagi. ::


:: Mak, k.lang dan Tisha. Mak kalo amik gambar mesti tak pandang kamera. hehehe, dah lama perasan dah tu.  ::


:: KAMI, yang kat atas tu buat alas perut dulu. Satar or Otak otak dah lupa nama dia. Tapi banyak jugak lah makan mende ni. Sedap sangat rasa ikan dan pedas pedas sikit. Memang kena dengan tekak nogori la, so ape lagi makan sebanyak yang mungkin. Erkk, kenyang makan ni je. ::


:: Ini lah dia Singapore tuh. Kat sana memang penuh dengan cahaya je. Takdelah kecik mana Singapore ni dalam peta memangla kan. ;p ::


:: Bukti kopek ketam dengan spanar. Percaya tak??? Susah jugak guna spanar ni sebab kulit ketam batu ni memang hardcore kerasnye. Suami yang banyak tolong kopek nak harapkan perempuan memang tak makan la jawabnya. Isi ketam batu ni banyak dari ketam yang selalu kita beli kat kedai tu. Kat kaki dia yang paling banyak. Terliur plak bila taip kat sini. Ahhh, sudah mane nak carik weyhh!!! :: 


:: K.teh yang dah expert kat Johor ni katanyaaa. Dah 5 tahun dok ngajar kat sini tak nak pindah balik nogori ke??? Tapi bagus jugak lain kali boleh pergi lagi. hahaha, ;) ::


:: Suami berlatar belakang kan Singapore. Dah kenyang dah perut time nii. ::


:: Ini adalah yang memberi respond sewaktu saya update status di facebook yang lepas. So far respond positive kan??? Apa lagi u'olls must try this place bila bila pergi Johor ye. Wajib tulis dalam senarai. ::



Btw, nak ucapkan terima kasih kat k.lang yang sudi belanja dinner ini. About RM 150++. Semoga dimurahkan rezeki, aminn.


Okay, tu je lah aktiviti kami di hari pertama ni. Lepas makan terus balik rumah, rehat rehat dan tidur. Kat rumah teruja lagi sebab k.teh dah pindah rumah baru sangat cantik designnya. Boleh lah buat idea untuk rumah sendiri nanti. Yang penting duit kenalah ade. Ye idok??



Jumpa di hari yang kedua pulak ye. Legoland here I come!!!



Ok, bye!


No comments:

Post a Comment