November 15, 2012

Restoran Arab Yamani, Senawang


Assalammualaikum,


Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat. Semoga tahun baru ini, akan dipermudahkan rezeki, mendapat pekerjaan, beroleh zuriat soleh dan solehah dan dapat membalas jasa emak, abah serta sekeluarga, aminn.


Setakat ni, cuti sekolah baru bermula kami takde kemana mana lagi. Plan tu ade, insyaAllah minggu depan baru lah bermula cuti cuti Malaysia. Hehehe, excited dan teruja nak pergi jalan jalan ni. Tapi tula pagi cerah, bila petang sikit dah mula hujan. Hujan rahmat tu, Alhamdulillah.


Bulan 11 dan bulan 12 ni pun asal weekend je ada jemputan orang kahwin, bertunang dan sebagainya. Yang mana sempat hadir tu ada lah, kalau tak sempat tu maaf banyak banyak la ye.


Straight to the point, petang petang macam ni, selalu takde mende nak buat, selain tengok tv, tidur, tu je la keje saya tak pun online. Sampai tak tau dah nak buat apa. So, suami pun ajak la keluar makan petang di restoran arab yang baru saja dibuka di Senawang dekat dengan Taman Bandar Baru Senawang. Nama restoran ni kalau tak silap Restoran arab yamani.


Yang lain lain takde apa nak cerita kot, biar gambar yang menceritakan segalanya, let's go:

.
.
.



:: Inilah dia, suasana di restoran tersebut yang masih baru. Cantik lighting dia dan ada la sikit sikit kearabannye dekat gambar gambar dan lagu yang mengiringi. Okay la tu kannn. Restoran ni jugak ada di Pagoh, Johor kalau tak silap dan Senawang adalah cawangannya. Tu gambar saya dengan makanan, suami punye belum sampai lagi. Teman dia sambil tu snap pictures, semata mata nak review kat dalam blog ni. Kira promosi tak berbayar jugak la nih. hehehe. ::




:: Makanan kami dah sampai. Saya punye Nasi arab mandi kambing dan suami pilih kebab kambing. Rasa biasa biasa je. Sebab dah pernah makan yang lagi sedap. Tapi bolehlah orang melayu yang masak kan, memang tak boleh lari la rasa melayu nya. Suami pun cakap lain dari masakan arab yang pernah dia rasa di Jordan. Ermm, memang susah nak jumpa la yang betul betul pure arab, kecuali kalau ada rezeki pergi ziarah bumi anbia' suatu hari nanti, insyaAllah. So, kami tetap enjoy makanan kami sampai licin, ;p ::




:: Untuk minuman pulak, saya order Jus mangga dan suami punye Barbican strawberry. Barbican ni sejenis air gas tapi ada pelbagai perisa di dalamnya. Dan gas dia pun takdelah kuat sangat. Just nice je. Saya dah tak boleh order barbican ni, sebab bila makan dengan nasi akan cepat terasa kenyang. Selalu pun memang akan order Shy atau teh pudina sejuk. Sedap dan boleh masuk kalau makan dengan makanan arab ni. ::





:: Last sekali sebagai dessert suami order aiskrim goreng. Suami puji sedap saya angguk jelah, sebab saya dah pernah makan before ni so dah boleh agak rasa dia macam mane. Just take a bite sahaja, sebab dah  kenyang. ::


Alhamdulillah, di atas nikmat rezeki makanan ni. Perut dah kenyang apa lagi balik ke rumah. 


Dan, maghrib ni suami terus balik bersiap siap mahu solat magrib di surau berjemaah. Katanya ada ceramah maal hijrah. Sempena tahun baru, buku baru dan pertama kali jugak menyambut bersama sebagai suami dan isteri. 


Ok tu je, nak lagi??? Hehehe, besok besok je lah. Jap lagi saya nak tengok masterchef, cerita kegemaran saya. Tapi masaknya takde nak improve mana pun ;)




Lots of love,  take care, tata. 



No comments:

Post a Comment