April 26, 2012

Perihal majlis merisik

salam,

Hurm...sebenarnya saya mahu menghabiskan entry pasal tarikh- tarikh bersejarah saya tu klik sini dan sini untuk flashback anda-anda semua. Tetapi saya tidak mahulah menulis bagai melepas batuk di tangga.uhuk uhuk. Saya mahukan sesuatu input yang berguna dan memerlukan banyak masa untuk mengarang ayat di blog picisan ini. Maaf andai ada yang tertungu tunggu. Wahh gitu. Ok, entry kali ini adalah bekenaan dengan majlis merisik saya yang telah diadadakan pada 11 Jun 2011 hari Sabtu.

After mendapat persetujuan dari kedua dua belah pihak means belah perempuan dan lelaki lah kan. Saya teruja mesej suami dan segera berbincang untuk menetapkan tarikh untuk rombongan lelaki datang merisik. It is not that easy work ye. Diri anda dirisik haruslah menunjukkan sifat-sifat serta keperibadian seperti gadis melayu yang terakhir tapi janganlah sampai hipokrit. Just be urself.

xxxxx

Sebelum perbincangan waris atau keluarga terdekat di sebelah pihak perempuan harus ada bersama kira macam wakil untuk perbincangan tu nanti. So makngah dan pakngah serta atok dan wan sebelah mak saya pun hadirlah ketika merisik dijalankan. Disebelah pihak lelaki pun begitu mak, pak sedara dan mak sedara serta bangah dan kakngah turut hadir, suami tak hadir atas nasihat keluarganya. (dok risau sorang- sorang kat umah. hehehe)

Sewaktu pemilihan sedara mara yang hadir disebelah saya ni terdapat konflik yang berlaku, biasalah orang lama-lama terlalu terikat dengan adat. Langkah bendul, hantaran, semuanya menjadi isu. Hati saya tak tentu arah that time, kenapa isu isu yang tak sepatutnya di bangkitkan walhal Islam itu mudah tapi orang kita yang suka menambah itu dan ini. Its ok mak handle dengan sebaiknya. Ialah mak mana yang tak nak tengok anaknya bahagiakan. Mak just let go apa yang di soksek kan tu. Cayangg mak.

One more things, saya nasihatkan pada mak mak dan abah abah yang di luar sana tu jangan lah terlalu mendengar cakap cakap orang luar means orang yang terdekat. Oklah dengar boleh tapi ikut jangan. Sometimes diorang ni ada perasaan hasad dan dengki so itu la timbulnya hantaran letak mahal, cincin nak mahal semua mengikut nafsu. Sudahnya lelaki tak mampu nak tampung belanja dan tak kahwin lah anak nya tu. Orang luar just gelak kan sahaja yang sedih kita dan keluarga kita. So tepuk dada tanya lah selera masing masing.

xxxxx

Ok, that time saya takde la nak ring hunting ke, baju, mekap semua tak de. Just simple je. Mak mertua saya yang pilih kan cincin. Dan yang beruntungnya bila mak mertua yang pilih kita tak payahlah nak tau bajet berapa nak beli cincin tu tau tau nah sekian sekian harganya. Kalau kita dok pilih sama cincin tu tak ke kita serba salah untuk memilih cincin yang mahal, lagi lagi perempuan ni cepat kesian.

Diantara perkara perkara yang dibincangkan sewaktu majlis merisik dijlankan adalah:
..:tarikh untuk bertunang:..
..:anggaran tarikh nikah:..
..:jumlah wang hantaran:..
..:dll:..


Itu yang saya masih ingat lah. Saya tak join pun ketika perbincangan. Masa ni duduk kat bawah umah sambil mesej suami dan sambil sedap sedap tengok tv. hahaha. Suami dah dok risau tanya itu ini. Saya lagi la risau kan. Antara saya dan suami sahih la saya yang risau dan nervous terlebih. Yang paling saya terharu suami surprise kan saya siap bawak 3 hantaran masa merisik.

..: Buah-buahan:..
..:Coklat:..
..:di samping cincin merisik (termasuk jugak la tu):..

Suami tak cakap apa apa pun kat saya time tu. Siyes tak tau. Tau tau nah ada depan mata, gelabah gak lah saya sekuarga nak cari nak balas apa. Tapi tak balas pun cuma membekalkan lauk pauk sahaja. Katanya ikhlas dari suami saya.(iyeke?hehe, mekasyihh..)Saya sempat merasa sikit je selera tak de sebab hati terlampau gembira.Yang mengerjakannya adalah anak buah kesayangan ica dan aina (ada masa citer pasal 2 budak kecik ni, ye..)

xxxxx



After dah selesai majlis merisik tu mak pun turun jumpa saya, dan bagi cincin merisik ni kat saya. Tulah first time saya tengok cincin merisik. Saya sangat bepuas hati dan teruja sangat-sangat. Feeling die masih segar di ingatan. Sukanye hanya Allah yang tau. Rasa macam nak buat lompat bintang that time. hahaha. Simpan cincin tu dulu then salam salam, peyok peyok, lambai segala bagai bakal mak mertua that time dan ucap terima kasih pada semua yang hadir. Lepas tu saya pun terus msuk bilik call suami. Cakap terima kasihlah terharu segala bagai. Still tak puas tengok cincin. Tido pun pegang je cincin tu. Sweet je kan??Alhamdulillah...


Dah panjangkan citer saya. Ok, dikesempatan ini saya nak mohon maaf pada kawan-kawan saya, memang saya tak hebah hebahkan perihal merisik ni. Even kawan rapat time kecik pun tak jugak. Majlis buat secara tertutup, keluarga dan sedara mara sahaja. After bertunang baru lah saya uar uar kan. So jangan lah kecik hati okayy.Chill!!




p/s: HAPPY, :)

April 25, 2012

Suri rumah tangga

salam,

Since seminggu bercuti untuk mid sem ni, best dapat duduk di rumah dengan suami.Hooray!!! Entry kali ni mahu berkongsi pengalaman mejadi suri rumah tangga yang beberapa hari je ni. Ingat senang ke jadi suri rumah tangga ni??Ianya bukan mudah kalau tak rasa sendiri. Segalanya must setle and clear everyday. Kalau dulu semua mak yang buat kita cuma tolong-tolong je kan? Sekarang tidak lagi saya yang kene jadi ketua dah tak boleh nak harapkan mak lagi dah. Salutelah kat mak-mak kita semua yang dari kita kecik sampai la sekarang ni menjaga kita. Huhu.

So, mari kita mulakan sekarang. Pagi2 bangun pagi lepas je tengok suami pegi keje dah dok fikir nak masak apa. (ni tipu) Kalau dah ada keinginan nak makan apa tu senang lah kan boleh sedia awal-awal tapi yang tak berapa nak berfikir laju macam saya ni ha macam mane? Ok, untuk saya, saya lebih suka suami yang request nak makan apa, nasi goreng ke? nasi campur ke?or yang ringan-ringan macam mee, mihun kue tiow (my feveret) or maggi. Hehehe. Kalau senang saya terus masak je tapi most of the time saya google search. Senang dan mudah tak payah nak beli buku resipi. Sebabnya saya ni kurang keyakinan terhadap resipi masakan saya ada je yang ragu-ragu. Ni kene masuk ke tak eh, macam tak je. That's why la saya suka sangat kalau suami mood tengah rajin membantu saya di dapur. Suami lagi hebat memasak dari saya, saya akui itu. Dia lagi advance dari saya. Nasi Arab, Beriani, Masak Rempah yang goreng-goreng tak yah citer lah kan semua dia dah terror. Saya dok kejap-kejap tengok laptop. Tapi walau macam mane hebat pun suami tetap jugak mahu masakan saya ni. Terima kasih kerana memberi penghormatan itu.


Ada satu hari tu suami request nak bawak bekal pegi sekolah. Tiba-tiba saya terbayang sweetnye bawak bekal pegi sekolah. Macam anak-anak plak. Untuk pengetahuan, saya suka treat suami seolah kanak-kanak kecil, sebabnya dia mempunyai wajah yang comel seperti kanak-kanak. Suka sangat bila saya usap kepala dia dan sambil memuji "ala, momeynye iyee". Tapi dia selalu tak nak mengaku dan tak percaya yang dia tu seorang dewasa yang berwajah comel seperti kanak-kanak.Sibuk dok puji hensem laa macho laa. Tapi bukan selalu lah kadang-kadang je ye. Ok back to the story. Saya gigih bangun awal ni, tak pernah-pernah bising kat dapur pagi-pagi tiba-tiba kecoh. Tu saya punya keje. Tapi yang bestnye kalau dah masak siap-siap waktu pagi tengah hari dah tak payah masak lagi dah. Malam selalu turn kakak ipar saya yang memasak. Ini time saya bermalas malasan sambil tengok TV. yeahhhh!!! (untung la duduk dengan keluarga mertua boleh tolong-tolong).Stop bab memasak.

*****

Mengemas rumah. Disebabkan saya masih tinggal di rumak mertua. (it's ok saya suka je sebab keluarga mertua saya Alhamdulillah ok tak seperti yang dibayangkan).;)kerja mengemas agak banyak ye. Tapi bab mengemas saya mempunyai kuasa untuk meyiapkan dalam masa yang singkat. Semasa mengemas tu saya membayangkan diri seperti superwoman. Over kan??Itu kenyataan okayy. Tapi kalau bangun lambat tu apa yang termampu je lah. Mengemas ni boleh dikatakan simple. Tak rumit seperti berada di dapur. Optional je bagi saya. Kihkih.

So far tu je kot yang nak dikongsi bersama. Panjang gak entry kali ni, tak perasan plak asyik menaip je dari tadi. Tengok-tengok nah kau. It's ok lah kan, buat hilang tension menyiapkan assignment yang banyak. Nervous ke nak jadi suri rumah tangga? Tak payah nak nervous sangat la, make it simple asal yang termampu je. Kalau tak nak, konklusinya belajar lah pandai-pandai, kerja hebat, gaji besar, nanti bolehlah amik orang gaji. Hohoho.:p






p/s: Rumahku Syurgaku...

April 23, 2012

4th monthlyversary

Alhamdulillah, saya dan suami sudah bersama hampir 4 bulan tetapi rasa macam baru je kami di satukan. Kalau nak diikutkan tarikh masa nikah mesti sekarang tengah berdebar dan dalam masa yang sama gembira utk di ijab kabulkan pada hari yang bersejarah ini. Sangat rindu kenangan itu. Kenangan manis sepanjang hidup maybe. Hee, ;). Ok bukan sepanjang hidup la tp most of my life, cewahh..

Even 4 bulan kami bersama banyak mengajar erti perkongsian dalam membina sesuatu rumahtangga. Saya yang paling banyak merajuk dan suami sabar je layan karenah saya. Sampai saya selalu terfikir apa yang tak kena dengan diri ini. Tapi itu membuatkan saya lebih banyak membaiki kesilapan diri. Perempuan itu hati dan perasaannya sentiasa berbolak balik dan sukar untuk dimengertikan. Lelaki lebih simple and relax, even bnyak yang perlu difikirkan untuk mengemudi bahtera perkahwinan ini.

Sedang menaip blog ini hati saya tiba-tiba jadi sebak. Terlalu banyak untuk diungkapkan tapi tak terluah because of pengorbanan. Untuk kami yang percintaan jarak jauh, weekend amat dinantikan. Pada mulanya sangat perit untuk dilalui tapi Allah mengedalikan hati hamba-hambaNya yang berdoa kepadaNya dengan baik dan saya beransur-ansur boleh menerima even tidak sepenuhnya. Semoga Allah cekalkan hati kami agar tidak rapuh. Nauzubillah.


To my beloved husband I know you read my blog this wishes for you:

..:I'm appreciate what you had done to me:..
..:I love you so much:..
..:Bersabar lah untuk beberapa ketika ini, it is hard time for both of us:..




p/s: EMOSI dalam BAHAGIA



April 15, 2012

When he proposed i said yes

Salam,

Rentetan dari entry sebelum ni klik sini. Ayat di atas adalah antara ayat yg ditunggu oleh semua wanita, kan? ok, ini yang terjadi pada saya dan rasa seperti mahu dikongsi bersama sebab ada input yang berguna. Pada yang sudi baca, bacalah. Pada yang tak it's ok.

Turning back for last year in month of April. Ianya terjadi beberapa hari sebelum habis final exam, that time saya baru part 4. Before that kami adalah merancang itu ini but still takde apa-apa tindakan. Ialah bile dalam sesuatu perhubungan mestila ada rancangan utk ke arah yg halal kan?kan?

So that time suami call dan cakap dengan saya yang dia nekad untuk inform maknya untuk masuk meminang. Saya seperti kebiasaan akan automatik eksaited yang amat. hihi, so cakaplah dgn suami yang after inform maknye saya plak yg inform family saya.Quiet nervous that time. Nervous yg sangat2 ok, sebab saya masih belajar, umur baru 22 tahun, not matured enough.


*****

After, suami inform then maknye pun bg green light. Alhamdulillah, saya sangat hargai mak mertua yang sangat positif memberi izin anaknya berkawin dgn saya yang masih belaja. Mungkin tanggapan orang akan berbunyik begini "tak pasal-pasal kena tanggung budak tu nanti, dah la blaja lagi dan bla bla bla.....". So next, tugas saya untuk inform family. Before tu harus ada fully preparation:

..:solat sunat istikharah:..
..:banyak baca artikel tentang kawin sambil belajar:..
..:baca buku ustaz dan ustazah kebaikan nikah awal:..
..:tengok siaran tv "Semanis Kurma"(sangat membantu, sbb satu family tengok bila siaran bermula plus peminat ustazah tu.):..


Alhamdulillah semua seolah- olah menyokong keputusan saya dan kuatkan semangat demi cinta ini. Mula- mula saya cakap dgn mak dulu.

Saya: Mak, hafiz nak masuk meminang. Boleh ke?
Mak: (senyum-senyum macam tak percaya lateww)hehe, bila?
Saya: Tunggu keputusan dari mak dan abah. Kalo jadi bulan 6 dtg merisik dan sebulan pastu bertunang.
Mak: Ok, ikat dalam setahun la kan?After hbis belajar kawin.
Saya: Eh xla mak, Hafiz ckp tak nak ikat lama2, dalam tahun ni jugak. Tu yang nak mintak izin mak.
Mak: Ingat nak ikat setahun nanti bincang dgn abah dulu.Mak ok je. Adik ok ke?
Saya: Ok, adik kawin bila dah dapat restu dari mak dan abah ye.(ini betul dari saya)


Sepanjang tu saya tak putus2 berdoa. Sangat risau. Masa tu cuti sem dah start. 4 bulan plak tu haruslah digunakan sebaiknya.Hehe, suami that time la yang banyak menyokong, bagi semangat dan sebagainya. Ingat lagi kata-kata si dia.

"Kalo mak dan abah tak bagi takpe, tunggu awak habis belajar dulu, yang penting kita cuba. Restu mak dan abah tu penting, bukan nak hidup sehari bersama tapi InsyaAllah sampai syurga..."(terharu this moment,)

*****

Nak tau ke perbincangan mak dan abah?Tak payahlah eh, panjang ni.Ok2 citer siket je.Ini pun hasil penceritaan semula mak saya kpd saya atas permintaan anaknye ni.

Mak: Hafiz nak masuk meminang anak kita boleh ke tapi kawin sambil belajar.
Abah: Ada ke org belajar kawin kat Universiti tu??Universiti bagi ke?
MAk: Ada je org kawin sambil blaja, bla bla bla..
Abah: Ok la kalo macam tu. Bila nak dtg?

(Saya: Alhamdulillah, semua dipermudahkan.)


*****

Ok cukup.Fuhh penat nih karang cerita. Macam tulah serba sedikit ceritanya. Bolehla dijadikan panduan kepada sesiapa yang nak kawin sambil blaja tu. Saya amat galakkan tapi haruslah bersedia fizikal dan mental, dan paling penting restu mak dan abah. Sekarang berbahagia bersama suami tercinta, family jadi bertambah ramai, ada kampung, hihi. Belajar pun Alhamdulillah ok.




p/s: L.O.V.E

April 12, 2012

Quote of "MARRIAGE"

juz want to share the best quote that i found in one blogger ibu-uwais-ameenah.


marriage

is more than a promise & commitment,

marriage

is an everyday discovery of friendship of love.



p/s: love need trust and loyal..juz u and me, LOVE.

April 10, 2012

I'm back..suka tak??? ;)




surprisingly..hehe, dah lama sgt2 tak update blog..suka tak?suka tak?sekarang bru ada rasa dan mood nak m'update blog..untuk 9 bulan yang lepas melalui perjalanan yang pnjang ada rasa bahagia, stress, berdebar2, sedih, eksaited..dan sekarang fasa baru sudah bermula.



just simple and quick update utk permulaan ni,

tarikh2 yang sentiasa diingati:


..:11 Jun 2011 (sabtu):..
majlis merisik

..:24 Julai 2011 (Ahad):..
majlis bertunang

..:3 September 2011 (sabtu):..
pre wedding photoshoot

..:24 Disember 2011:..
majlis pernikahan dan persandingan belah perempuan (me)

..:26 Disember 2011:..
majlis bertandang belah lelaki (him)




p/s: ada masa saya akan cerita kan hari2 bersejarah ini. insyaAllah, <3