December 12, 2013

Katil saiz king murah - Second hand shop, Semenyih


Salam.


Hai, apa kabar semua. Hopefully semua sihat sihat. Maklumlah musim hujan sekarang. Cuaca pun tak menentu. 

Oh ye, back to the story. Kisah nak katil saiz king ni tercetus bila baby hanan lahir. Dan saya dan suami pun memang tak beli baby cot or katil untuk baby. Sebab nak tidur sekali je dengan baby.

Tapi, tapi, tapi...

Katil sempit, muat muat je kami bertiga kat atas tu. Kadang kadang suami tidur depan TV kalau tengok saya dan baby dah makan space banyak. Tak best lah kan. Katil supposed untuk berehat dan tidur dengan lena bersama sama.

So, saya insist nak katil king ni. Bila fikir nak beli memang tak mampu la kan. Mencecah ribu riban jugak tu.

Saya pun saja saja cari katil king yang second hand kat internet, siap kat mudah.my pun saya search. Dan try jugak search kat google dengan taip macam macam link. At last terjumpa satu blog ni. Klik sini.

Apa lagi saya dan suami pun terjah ler ke sana.

Dua tiga kali jugaklah round area semenyih. Nak cari kedai tu. Bukan senang ye.

So hasil yang dapat dirembat ialah, katil king, lampu tidur dan sofa.



Ini gambarnya...





*
*
*





Setelah siap dipasang. Masih elok lagi kan kondisinya? Dah siap spray dengan febreze anti bacteria. Hope ok lah kan.

Harga birai katil, dan tilam setelah sesi tawar menawar = RM 350 dari harga asal RM 550
Lampu tidur = RM 50 dari RM 80



Ready untuk digunakan. Dah siap beli cadar saiz king tapi still tak muat. Sebab katil king ni saiz 7 kaki yang katil king biasa 5 kaki setengah. So pakai comforter je dulu sebagai alas. Skirting tepi tu memang diberi oleh owner kedai tu. 

Tepi tu lampu tidur. Senang nak breastfeed baby hanan. Baby hanan menyusu kadang kadang pukul 2, 4, 6 pagi. So, buka lampu ni je la nanti. Dengan adanya lampu ni bilik pun ada effect romantik dan ala ala dekat hotel cuma takde aircond je. Hukhuk. Tu pun nak beli jugak tapi sejak tarif bil elektrik nak naik kita hold dulu.


Sofa ni la yang berkenan oleh suami. Apa lagi terus angkut sekali. Kemain empuk lagi kusyen dia. Masih elok lagi. Ni pun dah siap spray febreze.

Harga RM 50 dari RM 150

Sewa lori dari Semenyih ke Senawang RM 200.



So total:

RM 350
RM 50
RM 50
RM 200
= RM 650

Jimat kan?

Berbaloi baloi.


Gambar time shopping kat sana tak sempat snap sebab handphone suami tertinggal kat kereta. Nan ado la jawabnya. Boleh refer kat blog yang saya link kan tu untuk tengok keadaan kedai tersebut dan more explanation tentang apa yang saya kot kot ada yang tertinggal.

Ok, so far amat berpuas hati dengan kualiti barang barang yang di beli walau second hand.

Untuk nak kesana dari exit highway lekas Mantin jalan straight je sampai la area Tesco, straight lagi bila nampak McD dah boleh slow down kereta. Kedai tu berada di sebelah kiri jalan. Memang tepi jalan betul. Macam kilang dan memang agak menakutkan.

Masa kami sampai tu sentiasa ada je orang yang datang dan pergi kat kedai tu. Lega sikit rasanya.

So katil lama pindah masuk bilik satu lagi. Dah siap cakap nanti bilik ni jadi bilik hanan. 

Then, nanti bila pagi pagi masuk bilik ummi abah lompat lompat atas katil kejutkan ummi dan abah dia. Imaginasi sangat kan. Hahaha.

Sekarang ni setiap bilik dah ada katil. Senang la family saya dan suami nak stay di rumah nanti. 

Alhamdulillah, seronok bila family datang. Meriah rumah.

Next time nak pergi kedai tu lagi.

Antara yang ingin beli di kedai tu lagi ialah:

1. Meja dan kerusi untuk duduk duduk kat luar rumah. Konon konon minum petang kat luar sambil tengok anak anak main, sambil siram pokok bunga.
2. TV dan DVD untuk letak kat hall atas rumah. Kat hall tu nak jadikan tempat relax, n main game suami.
3. Kerusi office untuk ruangan buat kerja saya dan suami kat hall atas jugak. Akan buat small partition kat atas tu. Komputer, printer dan meja dah ada, kerusi je takde.
4. Almari untuk simpan fail fail.
5. dll...

Bila???

Hee, time kenduri kahwin yana nanti kot. InsyaAllah.



So, apa lagi ramai ramai terjah 'Second Hand Shop, Semenyih'.



Bye.

6 comments:

  1. wow sgt murah... rasa mcm nk pergi jengah juguk la time gaji bulan ni.. boleh cari katil+tilam saiz king. byk pilihan ke kt situ?

    ReplyDelete
  2. kannnn...mcm best jer..jnji murah dn berkualiti.sya mmg dok tgh survey2 nk beli katil.2nd hand pun ok jer...

    ReplyDelete
  3. Memang best kedai tu. Siapkan duit banyak2 sbb murah2 tapi harga sewa lori a bit pricey. Kalo beli banyak berbaloi. ;)

    ReplyDelete