December 07, 2013

Majlis aqiqah dan cukur jambul baby hanan


Assalammualaikum.


Alhamdulillah, selesai sudah majlis aqiqah dan cukur jambul baby hanan.

Syukur telah melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w.


Majlis yang berlangsung pada 30hb Nov 2013 yang lepas dibuat di kampung saya Jelebu. Waktu tu umur hanan dah masuk 70 hari.

Ummi dia pun dah sihat dan kuat. Baby hanan pun dah besar sikit. So senang nak manage hal ehwal kenduri ni.

Masa majlis tu baby hanan behave je. Orang berzanji, berendoi dan gunting rambut, dia tidur je.

Good girl, darling.

Persiapan semua buat sendiri oleh keluarga saya. Emak dan abah merangkap atok dan wan hanan merupakan orang kuat majlis.

Terima kasih emak dan abah.


Hurm, lagi, lagi.

Oh ye, kambing sembelih dua ekor. Satu untuk baby hanan. Dan satu lagi untuk Pak Long hanan iaitu abang sulung saya. Tak tau nak aqiqah sape lagi, tapi nak sembelih jugak dua ekor, tu yang buat untuk abang saya. Takut tak cukup lauk, tapi Alhamdulillah semua cukup siap boleh bagi bagi lagi kat tetamu.

Menu lauk semua mak dan abah yang decide. 

Saya dan suami siapkan doorgift, bunga telur, dan kambing sahaja.

Gambar gambar adalah bermula dari persiapan sehinggalah tiba hari majlisnya.



Barisan doorgift. 
Ni untuk dewasa, untuk kanak kanak gula gula. Tapi xde gambar. Hee.


Muffin yang dibuat sendiri oleh ummi baby hanan.
Tag abah yang design. Cantik.


Yeay, kambing untuk baby hanan. Hensem tak???
Lepas ni tulang baby hanan makin kuat.


Rehat puas puas. Maklumlah orang penting majlis.


Alhamdulillah, selamat sudah.


Lapah jangan tak lapah.


Buaian untuk baby hanan. Simple je. Huhuhu.
Siap bertempah lagi.


Percubaan kakak batrisya riba baby hanan.
 
 
*
*
*
 
 
Tibalah majlis yang dinanti nanti,
 


Berzanji. Abah dan mak pun berzanji jugak.


Time berzanji. Baby hanan senyum jeee. Tema adalah pink purple. Tunggu untuk dicukur jambul.


Berzanji, lagi.


Turn emak saya plak berzanji.


Suasana ketika berzanji.


Time cukur jambul. Tengok tu, baby hanan selesa je tidur.
Abah dukung, ummi dye angkat dulang je.


Lepas tu berendoi lak. Baby hanan suka duduk dalam buaian ye. Lagi enak dia tiur dalam ni.
Tapi baby hanan takde buai. Hee.


Ummi dan baby hanan.


Saya dan adik ipar ain. Time ni adik ipar nak balik dah.


After majlis, petang tu abah baby hanan habiskan cukur rambut.


Kena tunggu tidur baru boleh cukur, kalau tak menangis la jawabnya.
Abah pun nak join "tak tak" jugak. Hee.


Huhuhu, ummi dia sedih tengok rambut baby hanan dah cukur. Hasil tak cantik bila cukur sendiri. Baby hanan tak reti dok diam.
Kepala dok pusing kiri kanan.


Besoknya terus cukur kat kedai. Sekejap dah siap. Senang.


Baby hanan pakai headband. Time tido bolehlah pakaikan. Kalau jaga, taknak la jawabnya.


Muka siyes time kena bedung. 


On the way balik seremban pakaikan cap.


Our family.



Alhamdulillah selesai majlis.
 
Terima kasih kepada semua yang menjayakan dan sponsor majlis ni.
 
;)








1 comment: