October 26, 2013

Kisah buaian, puting kosong dan susu ibu


Salam semua,


Happy Sunday. Ada yang tertanya tanya mengenai tajuk di atas? huhuhu. Tiga perkara ni adalah isu sensitif yang berlaku sewaktu anak di peringkat bayi.

Dan saya percaya setiap ibu dan ayah mesti ada prinsip atau mahukan yang terbaik untuk anak yang baru dilahirkan.

Ini tidak terkecuali dengan kami.

Kalau boleh,

Diulang lagi sekali ye kalau boleh dan dengan izin dariNya jua.

Ok, at first kami suami isteri memang tak nak ajar anak kami buaian, puting kosong before baby hanan dilahirkan lagi. Dan fully breastfeed adalah impian kami.

Setakat ni, Alhamdulillah ketiga tiga perkara masih under control.

Dan saya bercakap mengenai ini pun atas dasar sekarang, in future saya pun tak tahu.

Buaian merupakan salah satu yang ingin dielakkan. Because of, kawan suami pernah cerita disebabkan buaian ni nak balik kampung kena pasang buai dalam kereta. Homai, homai macam mana tu?

Dan alasan lain senang nak tidurkan anak kat mana je. Means kalau pergi rumah orang ke takyah la nak angkut buai sekali.

Lagi satu takyah nak berenjut selalu. Pok pok pok tidurkan kat tilam je.

Tapi, untuk menggantikan buai, mak mertua telah membelikan baby hanan buaian. Dia macam rocker tapi jenis tinggi. Sama je kena berenjut jugak. Bolehlah dari exactly buaian tu.


Inilah rupa buaian tu. Tinggi dan selamat untuk bayi. Tapi bila dah besar nanti dah tak muat dah ni. Baby hanan pun sekarang ni dah terasa semangat bila dukung dan panjang (tinggi).

Puting kosong pun amat popular untuk mententeramkan bayi menangis, nak bagi bayi cepat tidur dan tidur yang lena dan panjang.

Iye, kami memang ada beli sebagai persediaan untuk menyambut kelahiran bayi. Setakat ni still berjaya tidak gunakan lagi.

Tapi, sejak baru baru ni kami noticed yang baby hanan asyik keluar keluarkan lidah which mean jelirkan lidah dia banyak banyak kali seolah kehausan dan kelaparan yang amat sangat. Bila bagi susu ditolak tolaknya dengan lidah. 

Pastu baby suka hisap sarung tangan dia. Dan saya tak suka dia hisap tu semua. 

Then, baru tersedar yang maybe baby hanan nak something yang boleh nyoyot dan lekakan dia.

Dan perkara ni masih dalam perbincangan kami suami isteri sama ada still nak berkeras tak nak bagi puting kosong or tak.

Instead of banyak kemudahan yang ummi dan abah dapat untuk tenangkan bayi ada banyak juga keburukan menggunakan puting kosong ni.

Isu gigi tak cantik kalau asyik pakai puting kosong adalah satu sebab. 

Sebab lain bila dah hisap puting kosong nak berhentikannya juga adalah susah.

Ini melalui pembacaan ummi dia melalui internet. Yelah, before nak laksanakan sesuatu perkara tu kena ada pembacaan dan buat sedikit research dahulu.

Tak taulah isu puting kosong ni bertahan setakat mana. We will see. Segala info akan diupdate. InsyaAllah.


Comel memang comel nampak baby with puting kosong. Tapi in long term tak taulah macam mane. huhuhu.

Last sekali susu ibu. Susu paling sedap dan berkhasiat di dunia. Yeay!!!

Alhamdulillah susu memang ada after baby hanan dilahirkan.

Dan masih fully breastfeed walau ada juga halangan dan cubaan. Suami memang fully support bagi susu ibu ni.

Senang bila suami sendiri yang support, so that dia faham bila time kena pam susu suami jagakan anak, tolong basuhkan alatan pam, beli horlick sebagai milk booster, dan suami juga banyak fahamkan saya dari nak pasangkan breast pump, cara nak guna warmer, sterilizer, cara panaskan susu dan banyak lagi.

Kalau saya sorang tak berbuka lah bungkusan breast pump tu. Isteri dia ni tak kreatif sangat. Lambat faham sesautu benda yang baru yang kena pasang pasang tu semua. Memang kelemahan saya la. Lagi satu malas nak fikir. hehehe ;). Sekarang ni dah terror dah. 

Masa buat persediaan sambut baby memang kami dah beli warmer n sterilizer untuk memudahkan lagi proses penyusuan. Dan after baby lahir baru beli pump susu dan sampai sekarang pump dan buat stok untuk harian je. Bila dah balik seremban baru lah fikir nak buat stok bila naik kerja nanti.

Susu pun, Alhamdulillah makin banyak. Saya perasan pada waktu tengah malam dan awal pagi penghasilan susu adalah memberangsangkan.

Antara makanan yang saya noticed sebagai milk booster:
*Horlick
*Shaklee (Esp dan Alfalfa)
*Madu
*Minum air suam banyak banyak.




Inilah hasil pada waktu yang saya nyatakan di atas.

.
.
.


Till then, semoga segala perkongsian bermanfaat untuk semua.

Bye.

3 comments:

  1. Alhamdulillah..bertuah dapat suami yang bagi full support untuk ibu menyusu..suami saya pun support, tapi tak sepenuhnya la:)

    Isu puting kosong tu memang betul..anak ke2 saya hisap puting kosong sampai umo 1 thn 10bln..gigi nampak jongang dah..dah la anak dara:)

    Nak hentikan puting kosong pun 1 hal, ambik mase seminggu jugak melayan kerenah die mase mula2 nak stop hisap puting tu..

    ReplyDelete
  2. Assalam..cne ye nk elak guna buai tu..bila suami balik (kami pjj) dia seronok sgt layan anak jd mcm didodoi dibuai anak..skrg anak cm ssh je nk tdo kalau x didukimg, dibuai..buaian ape yg puan pakai dlm gambar tu ek?

    ReplyDelete
  3. Assalam..cne ye nk elak guna buai tu..bila suami balik (kami pjj) dia seronok sgt layan anak jd mcm didodoi dibuai anak..skrg anak cm ssh je nk tdo kalau x didukimg, dibuai..buaian ape yg puan pakai dlm gambar tu ek?

    ReplyDelete