November 01, 2013

Demam sewaktu berpantang

Salam,

Ketika berpantang ibu dan bayi haruslah sihat. Tapi bila dah datang sakit nak buat cam mana ye dok?

Al-kisah anak buah saya demam dan dihantar pulang ke kampung untuk berehat. Dari tak datang sekolah dan duduk di rumah pengasuh better wan dan atok jaga.

Dalam hati risau yang amat. Tapi, keep on berdoa agar Allah lindungi dan pelihara hanan.

Alhamdulillah hanan sihat tapi ummi dia yang berjangkit demam. Masa demam tu pantang dah masuk hari ke 25.

So, pergi klinik sebab suspect hanan demam sebab dari pagi hingga ke petang dia meragam, menangis dan rasa badan macam panas sikit.

Sampai klinik cek suhu 36 darjah. Alhamdulillah lega. Means sihat dan tak demam. Sebab nurse cakap bayi umur bawah 30 hari takde ubat melainkan masuk ward dan amek darah. Tu je. Kesian la kat babykan?

Then jumpa doktor dia advise kalo suhu 37 darjah ke atas terus pergi hospital bahagian kecemasan. Huhu, nauzubillah.

Okayyy...

So, apa tindakan ummi dan abah hanan selajutnya?

Dahla ummi dia demam dan dalam masa yang sama kena jaga hanan full time.

So...

Inilah antara cara cara yang kami lakukan. Manalah tau bole membantu anda di luar sana.
.
.
.



Beli termometer. Balik dari klinik terus pergi farmasi dan cari benda ini. Murah je dalam RM30. Keep on cek bila rasa badan baby panas. 


Pakai mask bila berurusan dengan baby. Maksudnya time menyusu, tidurkan bayi or anything yang melibat baby dan ibu. Ini untuk mencegah air liur atau selsema terkena pada bayi. Menyusu takkan membuatkan demam berjangkit.


Hand sanitizer. Ini pun kena ada untuk memastikan tangan bebas dari kuman. Act, kena pakai sewaktu handle your baby. Tapi saya selalu skip jugak. Hee.



Last sekali ubat ubatan. Saya bertanya pada doktor bahaya ke if ibu menyusu makan ubat. Dan doktor jawab tak. So, bolehla makan.

Antara perkara lain yang harus dilakukan ialah:

Jauhkan bayi dari orang demam
Jangan mencium bayi anda walau geram mcam mana sekalipun. Sabarrr.
Bagi susu ibu sekerap yang mungkin. Sambil tu doa agar susu yang diberikan dapat jadi penawar.


Yang paling penting doa. Doa ibu dan ayah kan mustajab untuk anaknya. InsyaAllah, Allah pelihara anak kita. Kerana Allah adalah sebaik baik pemelihara.

Alhamdulillah, demam ummi dah makin reda.


No comments:

Post a Comment