July 27, 2013

Shopping raya

Hai,

Hari ni plan dengan suami mahu shopping. Yeay!!! Satu persiapan raya pun tak siap lagi ni. Dalam kepala macam-macam fikir nak beli itu ini. Tapi semua adalah berbudget. Bukan apa, taknaklah lepas raya nanti takde duit, dahla cuti sekolah lama. Lagi bestlah kalau nak berjalan lama lama haruslah dengan duit yang banyak kan. Hehe.

So, hari ni plan nak cari baju raya saya dulu. Sebab suami cakap baju saya susah nak cari. Kalau dah jumpa senang match kan dengan baju dia je nanti. Raya ni sama macam yang lepas warna baju bertema. Tapi warna apa rahsia la dulu. Nanti tak surprise la bile dah tengok gambar kan? 

Baju just 3 pasang je, nanti just rotate balik mana mana yang teragak nak pakai tu. Tak payahlah sampai nak 2 minggu cuti sekolah sampai 14 helai bajunya. Melampau di situ.;P

Next, dalam minggu minggu terakhir ni jugak nak cari langsir. Hurm, hurm, hurm. Disebabkan cat rumah warna kelabu, dalam kepala ni dok pikir warna kelabu match kan dengan kain putih. Wahhh!!! Mesti menarik kan. Tapi memikirkan langsir ni mahal tak tau la apa kesudahannya. Beli ke tidak nanti.


Tadi siap google, langsir kelabu. Yang ni macam menarik hati. Kalau boleh taknak lah langsir yang gelap sangat. Kang bertambah gelap lah dalam rumah tu. Just nice macam ni la kan?

Ok, next yang nak kena fikirkan adalah balang kuih raya dengan bakulnya sekali. So, senang nak refill dan senang untuk dibawa ke mana mana. Eh, kemana mana tu means dalam rumah dari meja makan ke ruang dapur la. Bukan berjalan jalan nak shopping. Huhu. 

Assume macam tak ramai je yang datang raya tahun ni. Yela tahun pertama duduk rumah sendiri macam tak prepare banyak benda. Tapi yang confirm dua dua family belah saya dan suami haruslah datang kan.

Tapi just prepare mana mana yang patut la. Mana tau anak anak murid nak datang ke. Kawan kawan lama nak datang lagilah dialu alukan. Apa apa hal pun nak datang mesej dulu ye. Maklumlah dah ada 2 buah keluarga ni bertambah lagi lah sedara mara yang nak diziarah. Kang takde rumah buat penat je datang jauh jauh. Lagi satu inform awal awal boleh lah masak beriye. Kalau tak, jamu kuih dengan air jela yang mampu.

Dah start merepek dah tu, barang lain yang nak dibeli adalah tudung, kasut, brooch. Handbag dah ada, since suami dah belikan dulu. Tapi tak pakai pakai lagi. So jimat di situ.

Ha, biskut raya lagi. At least ada 6 jenis ok lah kan. Cukup cukup tempat je nanti. Jap nak google macam ne rupa bakul kuih raya tu. Kalau ada saya share.



Haaa, camnilah rupanya. Tapi just nak beli 1 bakul je. Banyak banyak sangat banyak pulak kuih yang kena beli nanti. Hee. Ni nanti kalau suami baca blog baru lah dia dapat bayangkan imaginasi isteri dia ni. Kalau tak cakap je tak de bayangan apa apa lagi.


Oklah nak pergi siap siap dulu. Harapnye tak flat la shopping ni. Semangat!



p/s: Tahniah buat K.Nisa dan suami. Seronok tengok baby comel K.Nisa. Tapi nak datang melawat tu tak tau bila lagi, bila balik Jelebu or raya nanti la kot. Banyak nak bertanya ni. Take care dan selamat berpantang.Pray for me plak ye. 
Nervouss..





No comments:

Post a Comment