November 03, 2012

What must have in woman handbag

Assalammualaikum,

What a great day!!! Hari ahad camni saya boleh bangun pagi pagi dan tak tidur kemudiannya. Macam tak percaya. Terasa hari ini sangat bermakna dari hari hari yang lain. Pagi ni suami ada hari sukan di sekolahnya, plus saya tidur awal malam tadi tu yang mata segar bugar je ni. Dari kul 4 lebey mata ni dah celik tapi tidur balik tunggu pukul 6 baru bangun, solat dan siapkan nasi goreng untuk suami dan seisi keluarga.

Okayy, mukadimah agak panjang tapi ceritanya bukan itu ye. Hari ni saya nak buat review tentang what must have in woman handbag tapi versi saya la. Saja nak share dengan korang tentang barang barang yang ada dalam handbag seorang wanita.

Sila excited sekarang:






:: First of all, ini lah handbag saya. Actually ini second handbag after saya berkahwin, dan apa yang saya mahu kongsikan di sini ialah my first handbag is brand Sembonia which is for hantaran kawin and the second is Forest Timber. Dan setelah merasai kedua dua brand ini saya dapat membuat kesimpulan yang brand Sembonia cantik dan mahal tetapi agak mudah rosak. Manakala brand F.Timber harga mampu milik dan juga cantik malah tahan lasak. Tapi saya taknak berlaku kejam dengan penilaian sebegitu, saya sangat sayang both of them, sebab suami yang belikan, banyak berjasa pada saya dan ianya ada memory value yang tersendiri. Sob sob sob, ;(. So, after this saya dah tau mana yang 
menjadi pilihan hati. ::



:: Nah, ini dia barang barang yang berjaya dikeluarkan from my handbag. Ops, lama tak kemaskini bag ni, tu yang ada resit pembelian, sampah coklat dan segala bagai. So, after update this entry my handbag will clean and clear. Takdelah lenguh bahu ni dok bawak ke hulur hilir dengan segala khazanah yang ada. I'll will review one by one. Here we go!!! ::



:: Spec mata hitam yang telah jadi asam jeruk setelah lama sentiasa terperap dalam handbag. Hahaha, pakai pun if matahari terpacak kat mata. Tapi, tapi, tapi ianya penting untuk prevent mata kita untuk terus direct dari pancaran UV dan ianya juga untuk halang mata dari terkena sebarang bendasing sewaktu berjalan jalan atau memandu. Ini adalah optinal sahaja tak wajib pun. ::



:: Wet tissue, kegunaanya adalah untukremove make up dengan cepat dan mudah. Saya tak suka makeup remover yang jenis oily tu sebab ianya akan menyebabkan muka saya bertambah berminyak. Urghh!! So, saya prefer wet tissue. Lalala, ;) Boleh dikatakan wajib ada dalam my handbag kecuali kalau kehabisan stok. Lagipun kalau pergi travel nak solat kan senang, juz wipe bersih bersih dan ready untuk solat dalam keadaan sempurna. Ianya juga boleh digunakan untuk agak agak badan berbau, wipe kan saje kat badan. Zipp zapp. Siap, baru nampak fresh, cool dan wangiii. Jenama biasa je cop guardian. Hehehe. ::



:: Hee, nak gelak pun ada. Sebabnya?? Ada seketul je eyeliner saya dalam handbag ni, basic color hitam je pulak tu nampak sangat tak mementingkan kecantikan. Takdelah, saya suka makeup yang simple dan basic sahaja. Kalau nak tau nanti saya akan ceritakan di bawah bawah ini. Tapi untuk 'penggaris mata' so far Silky Girl yang berjaya tawan hati ini. Masih kekal pakai jenama ni dari diploma sampai la sekarang. Disebabkan mata saya ni sepet sikit, haruslah ada ini  plus ramai kawan kawan complain saya nampak ngantuk je time study dulu. Dan kini saya ada penyelesaiannya. Syukur... ::



(Gambar selepas diedit untuk tau sebelum dan selepas, baru nampak sedikit effort kalau tak main tepek je, yelah galaxy note tak payah edit pun dah nampak cantik, high quality gituww ;p)

:: Lipstick adalah mengikut warna darah pun sama memang setia sejak diploma lagi. Bagus untuk kesihatan bibir. Kira complete la melembapkan dan memerahkan bibir. Jenama De' Bella. So, dah ada ni tak payah la nak ada lip balm segala bagai, senang je kan untuk orang yang macam saya. Asal ada cukup, (ini tak bagus ye.) Fyi, lipstick ni jugak long lasting means kalau setakat makan yang simple simple dan minum tu still ada lagi melekat kat bibir. Bagus kan?  ::



:: Compact powder terbaru saya. Ini baru dibeli minggu lepas jenama Miyami from Cosway. Setakat ni saya puas hati sebab sapuannya very soft dan sempurna untuk menutup segala cela yang ada. Cara pemakaiannya ada dua, pertama just apply guna span tu, kedua basahkan sikit span dan apply seperti biasa. Dan saya pilih yang pertama. Malas aihh, nak basah basah bagai ni dah ada cara yang mudah kenapa perlu ambil yang susah. Hahaha. Kat belakang tu jugak ada tulis two way foundation, pun senang tak payah nak pakai foundation yang melekit dan berminyak bila di panas terik mentari. Satu compact powder ni pun dah cukup. Very the simple. ::



:: Still nak tepekkan jugak my previous compact powder. Sekarang tinggal kenangan, bye bye ;(. Ini sangat bagus dan serasi dengan saya, lama dah pakai ni since study dulu. Time dating inilah yang membuatkan suami terpikat. Hehehe, overnyee. Tapi dah berjumpa dengan yang setanding kenapa perlu berbelanja lebih untuk itu. Kan? ::


  
:: Tisu penyerap minyak, disebabkan kulit saya jenis berminyak kena lah ada penyelamatnya. Hehehe, so far ini yang paling bagus yang pernah saya jumpa. Clean and Clear oil control film, satu satu produknya yang saya boleh pakai, produk dia yang lain memang tak serasi dengan kulit saya. Satu pun jadilah kan daripada takde. Nampak nipis je kan tapi ada banyak helaian dalamnya dari study dulu tak habis habis lagi. Jimatnyeee. ::



:: Disebabkan ini, ini, ini saya terpaksa cut my precious compact powder. Huhuhu. Maintenance tinggi woo. Hee, takdelah untuk my travel set skII ni bukan selalu ada kat handbag pun. Tapi bila saya mahu pulang ke kampung haruslah angkut bersama. Juz letak beberapa keping kapas mengikut hari untuk digunakan. Selit selit dalam pack tu. Dah siaappp. Aumm, aummm, geram I tengok ini. Teheheee. :: 



:: Perfume kegemaran saya. Jenama adidas untuk sporty person. Tapi saya plak pilih untuk bau yang kekal lama yelah sporty kan kuat berpeluh bila dipakai kat saya yang tak sporty ni baunya kekal sepanjang hari. Awesomee. Dahlah wangi pastu buatkan kita rasa fresh, cool dan remaja sentiasa. ::



:: Motiff ada sikat dalam bag?? Hehehe, saja untuk kekemasan diri. Ianya berguna juga kadang kadang. So, biarkan je dia duk diam diam dalam tu. ::



:: Pen, just in case nak isi borang, tulis no fon dan lain lain. Kena ade ni. ::


:: Card student saya. Rindunyee, nak jadi student balik. Letak jugak dalam beg walau tak tau apa function dia. Hee. ::



:: Penyegar mulut, kalau tiba tiba ada benda urgent then time tu baru bangun tidur, zass capai ni dan mulut akan segar sentiasa. Boleh digunakan jugak after makan. Penting ni, wajib ada. Tapi kalau takde tak berdosa pun. Ni pun kalau kehabisan stok tahun bila baru la nak beli lagi. ::



:: Last baru nak show off my purse. Benda paling wajib kena ada. Dan pastikan ada duit di dalamnya kalau tak tetap takde function juga walau dia mahal dan branded macam mane sekalipun. kuikuikui. Jenama sembonia hadiah hantaran kawin, mahal nih. Harap harap bertahan la ye ;) ::

Ada satu lagi yang tak cukup kan? Hee, my smart phone galaxy note, dia takde dalam gambar sebab jadi photographer. hehe ;)



Dari apa yang saya boleh simpulkan melalui penceritaan ni, banyak benda yang saya takde dan seharusnya kene ada untuk seseorang wanita tu ye. Contoh, kene ada small bag khas untuk make up je so tak payah la berterabur kat dalam handbag tuh. Senang la nak cari. Next macam tisu muka, losyen dan lain lain lagi.

For heavy make up plak contoh maskara, blusher, eye shadow tu saya biarkan saja ianya tersadai di depan meja solek. Ini kerana kegunaanya tak banyak pun. Kadang kadang je bila ada majlis majlis tertentu dan bila rasa nak melawa tu datang. So, tak payah nak join sekaki untuk memberatkan handbag yang telah tersedia berat.


Ekhem, untuk itu saya rasa macam nak tagged a few friend untuk sahut "What must have in woman handbag" ni. Just for fun je ye:




Tiga orang yang saya tagged ini adalah kawan baik saya dan kak nisa tempat saya share anything about married. Dan saya yakin what must have in woman handbag mereka ni mesti super de bomb. 

Yang lain kalau nak join boleh jugak, tapi takde hadiah yang disediakan. Hihihi.


Kalau nak tau cerita cerita mereka, rajin rajin lah klik kat link ni ye.


Hope you guys enjoy read this entry ;)




2 comments:

  1. Hehe Timah =)
    Insyaallah nanti I review apa yang ada dalam handbag. Stay tuned!

    ReplyDelete
  2. Thanz for the tag...Nanti i review jugee..tungguuuuu..

    ReplyDelete