October 24, 2012

Review my shopping stuffs ;)

Salam guys,

Cerita dah basi ni, hohoho. Masih ada ke yang mahu membaca, ;). Kesibukan melanda bila hari hari ada je aktiviti nak dibuat. Tapi tetap nak update pasal shopping kat Shah Alam yang lepas, sebab ianya penting untuk semua. Cewah, apa yang penting sangat tu??

Nah, tengok sendiri apa barang yang saya shopping tuh:



:: Hee, taktau la korang dapat imagine ke tak ini apa. Actually, ini adalah handsock yang mana it's cover ur hand and shoulder only. So lepas ni dah tak payah pakai inner baju yang menyebabkan anda nampak gemuk dan tak perlu berpanas panas akibat memakai dua lapis baju. Handsock ni dah lama saya cari. Dan nasib baik terjumpa di Plaza Masalam sewaktu di Shah Alam kelmarin. Yehuuuu, sangat gumbira. :) ::


:: Ekhem, ini dua ketul mask untuk saya dan suami. Baru berjinak jinak pakai mask ni. Saja pilih SimplySiti, lebih lebih lagi kandungan dalam dia adalah super duper WOW!!! Nak tau ke apa dia??? Okay, dermagic SimplySiti ni untuk relaxing ur face yang hari hari menghadapi tekanan sama ada di tempat kerja, di jalan raya atau duduk di rumah mencari kerja seperti saya. Hehe. After pakai ni rasa flawless je muka. Dan selalunya saya akan pakai ni masa tidur yang mana besoknya saya dapat hasil yang mengkagumkan. Ada juga saya pakai saja saja malam tu dalam setengah jam ke 1 jam. Sayanglah, nak pkai kejap kejap rasa membazir plak, :p. Fyi, saya pakai mask ni cuma sekali seminggu je. Ok la kan untuk mencantikkan kulit muka agar tak nampak kusam. Untuk suami jugak kenn, ;) ::


:: Nak tau ke apa isi dalam tu??? Sempat shopping lagi before balik singgah Alamanda, Putrajaya. Time tu ada sale kat Parkson dan sempat grab benda ni. Tak tau kenapa gambar still terbalik after dah rotate so many times. Tak pe la eh, enjoy next pics. ::


:: Taraaa, Pitera Essence Set SKII uolls. Setelah sekian lama mengidam SKII, akhirnya dapat juga. Harga sangat berbaloi baloi nanti saya akan ceritakan di bawah ye. Nak review apa yang ada dalam kotak warna merah tu. Auuuww, so excited. Perasaannya hingga kini terasa setiap kali memakai SKII ni. Tak percaya cubalah. ::


:: Okayy, ini lah tiga barang yang terdapat dalam kotak merah tersebut. Ada SKII Mask, Facial Treatment Essence dan Facial Treatment Clean Lotion. Hohoho, excited kan?kan?kan? Mari saya terangkan satu satu ye. Hope uolls dapat info ini for our healthy skin. So kena rajin ye. Jangan malas malas. ::


:: Ini adalah SKII Mask yang mana ada 1 je di dalamnya kalau nak beli banyak banyak mahal ni wooo. Ni kira sangat jimat la sebab dah sedia dalam 1 set kan. So, nak pakai dia after 7 hari kita pakai Facial Treatment Essence dan Facial Treatment Clean Lotion. Cara saya pakai ialah basuh muka dengan pencuci muka anda terlebih dahulu. Tak kisah jenama apa. Saya punya Safi Rania Gold. Kalau mampu beli la SKII punya Pembersih muka lagi meletupss uollls. Then, aplly Facial Treatment Clean Lotion. After that, pakai mask ini di wajah. Biar selama 15-20 minit. Tapi saya pakai 45 minit. Hehehe, hasil dia sungguh menakjubkan okayy. Tapi tu la tak mampu nak beli banyak banyak. Kena menabung untuk masa hadapan yang gemilang. Lepas tu jangan basuh muka biarkan saja ianya kering sambil membayangkan wajah anda seperti orang Korea yang gebu gebu tu. Hee, ;) ::


:: As mentioned above, after pakai pencuci muka apply ini kat muka. Pakai kapas muka ye. Ini sebagai toner yang mampu membersihkan kulit anda dan menanggalkan sel kulit mati. Ada 40 ml untuk set ni. Tapi sampai sekarang tak habis habis lagi. Boleh tahan dalam 3 bulan kot. ::


:: Ini yang saya paling suka. Facial Treatment Essence atau lebih popular dengan 'Miracle Water'. Kena jimat jimat pakai ni ye. So, disebabkan itu saya beli something untuk lebih jimat. Sila lihat di bawah. ::


:: Inilah yang saya cakap tu. Spray Bottle, saya beli di Watson ye bukan sekali dekat SKII tu. So, spray je kat muka dan tepuk secara perlahan di sekitar wajah anda sehingga kering. Lebih jimat dari cara pakai kat dalam TV tu. Lagipun 'Miracle Water' ini sangat mahal. Sama harga dengan 1 set Pitera Essence ni. That's why la saya amek terus 1 set ni. Berbaloi baloi kan??? ::


:: So, this is how it's look like. Senang je nak apply bila ada spray ni just sembur kat muka dan mudah untuk dibawa kemana mana sahaja dalam my handbag. You guys must try it okayy. ::

So, sekarang sahutlah cabaran sehari tanpa make up. Saya sudah anda pula bagaimana?

(Budget macam dalam iklan la tuh...)


Oh ye, barang shopping ni semua adalah belas ehsan suami tersayang. So, nak wish thank you very much to my beloved husband. Luv u muahhh, ;).

Selamat Hari Raya AidilAdha, ;)


p/s: Habis sudah tiga entry tertangguh tu. Next pasal raya haji. Coming soon, bye2.

No comments:

Post a Comment