October 08, 2012

Restoran Hadramot super delicious~

Assalammualaikum,

Monday blues u olls. Setiap hari Isnin boleh dikatakan hari penat saya. Di sebabkan Sabtu & Ahad sibuk ke sana ke mari. Ada je aktiviti nak dilakukan. Nah, hari Isnin terus flat. hehehe, ;)

So far, takde apa nak diceritakan pun. Tapi dah janji kat entri lepas nak review pasal makan n shopping kan. Makanan nya pun pastilah yang besh dan super sedap, yummehh. Barulah ada perkongsian ilmu di situ okayy.

Dan of coz tempat kali ni di Restoran Hadramot. Ianya adalah restoran Arab di Shah Alam dan lokasi adalah di bawah bangunan berdekatan lobi Corncorde Hotel. Nama restoran ni pun agak famous di kalangan peminat nasi arab ni.

Memang teruja habis bila tengok ada restoran ni dekat sangat dengan kami. Boleh dikatakan dinner saya dan suami di situlah. Disebabkan saya dan suami suka makan dan sentiasa je cari restoran restoran Arab dan nak dijadikan cerita lepas check in je nampak restoran ni bergembiralah perut masing masing. Siap bagi kosong perut sebab tahu kuantiti makanan ni memang super banyak ;).

Okayy, asyik berceloteh je dari tadi. Jom tengok gambar gambar makanan dan persekitaran di restoran tersebut. 

Very awesome, enjoy the pics:




:: Inilah Restoran Hadramot ni. Sangat exclusive kan? Lighting dia memang terbaek. Serba sedikit mengenai restoran ni. Nama restoran ni di ambil dari sebuah tempat di negara Yaman iaitu Hadramot. Tapi kalau nak terjemahkan maknanya ialah 'Kehadiran Maut'. Menakutkan bila suami terjemahkan makna nama restoran ni. Nasib baik after makan kalau before takut jugak nak beriang ria masa makan tu. Hehehe, ;) ::


:: As usual, sebelum masuk haruslah tangkap gambar dulu. Hehehe, dah hobi nak wat camne. Pantang tengok view lawa mesti nak pose. Cantikkan view kat entrance masuk dia?? Kat belakang tu the friendly waiter yang melayan kami. Sempat lagi senyum. ::


:: Suami malu malu nak pose kat entrance. So, saya snap gambar time ni tengah nak usha menu menarik yang ada kat dalam tu. Suami expert bab makanan arab ni. Saya ngapp je. ::


:: The menu. FYI, harga makanan kat sini berbeza dengan restoran Arab yang selalu saya makan tu kat area Senawang, Seremban 2 & Putrajaya . Banyak juga beza dia dalam 2x ganda. Tak taulah kenapa kan, mungkin standard dia atau kesedapan dia berbeza. Kalau tak silap restoran ni pun ada cawangan di Bukit Bintang. Pun harga dia mahal jugak. ::


:: Hee, gambar ni di ambil masa tengah tunggu makanan sampai. Memang tak de kerja. Love u, abg ;) ::


:: Sekali sekala amek gambar dengan mimik muka yang berbeza. So sweet kan?? Miss u, abg ;)::


: :Before ni tak pernah lagi amek gambar syok sendiri macam ni. Mood happy sangat sampai terzahir di wajah, Alhamdulillah. Always adore with ur 'ilmu'. ::


:: Mintak izin dulu before upload semua gambar ni. Memang cute habis we olls time ni. Admire u la abg, since bila bila pun. ::




:: Kecomelan kami terselah. Hehehe, saya dan suami sangat suka gambar ni. U olls suka tak?? Muka teruja menanti makanan sampai. Hihihi. Hopefully, kasih sayang kekal hingga ke syurga, aminnn. ::


:: Okayy, ini lah keadaan di dalam restoran. Sangat tersusun dan servis dia pun bagus. Ramai juagak orang arab yang makan di sini. Erm, cantik cantik ye. ::


::Yeayy!!makanan ready on the table. Banyak takk??? Semua ni adalah dalam RM 90++. Tapi berbaloi baloi. U olls should try ok. Dan cuba teka lukisan tu mengenai apa?? ::


:: Suami yang order semua makanan ni. Yang saya tau kambing mesti ada. Kambing ni pun suami yang ajar makan. Before ni saya order ayam, dan curik sikit makanan suami. Sekali makan rupanya kambing lagi sedap. Then, terus order kambing dah tak pandang ayam lagi. So, berani beranikan lah diri makan kambing ye. Rugi tak makan. Lagi satu fakta kambing boleh naikkan darah tinggi tu pun salah. Kambing makanan sunnah. Mesti ada kebaikannya ;) ::


:: Dalam gambar ni kalau korang perasan nasi Mandi Lamb order 1, dan 1 lagi A'rois. A'rois ada macam macam dalam dia ada kebab kambing, roti, ayam, dll. Agak muak makan dia. Mula mula order nasi dua, tapi atas nasihat waiter yang baik dan peramah tu, dia cakap nasi banyak dan a'rois tu pun banyak. Takut tak habis, so kami order 1 je nasi. Memang betol la, full gila perot masing masing. Erkk, Alhamdulillah. ::

Fuhh, panjang dah tu review pasal makan je. Hopefully kalau owner restoran tu baca blog ni boleh la bagi $$$ sebab tolong promote restoran dia nih. Hihihi.



bye ;)






No comments:

Post a Comment