October 30, 2012

Raya aidil adha

Salam aidil adha,

Selalu saya peratikan yang saya la yang paling lambat sekali update tentang apa apa jua peristiwa penting dalam negara kita ni. Kiranya, orang lain dah update cerita lain kau baru nak cite benda dah basi. huhuhu. Nak wat cmner mood nak menaip dan idea yang mencurah harus ada. Kalau tak macam tak best je rasanye. hee ;)

So, macam biasa semoga tak terlambat nak ucapkan Selamat Aidil Adha buat anda semua dari saya dan suami tercinta.

Raya kali ni turn suami pulak beraya di kampungnya. Saya suka balik kampung kerana lepas kahwin barulah saya merasai nikmat balik kampung yang sebenar benarnya. Sedihkan? Dulu dulu, itu la rumah saya merangkap kampung saya. Sekarang baru ada feeling balik raya.

Kampung suami dekat je dalam sejam dah boleh sampai kalau jalan jammed dalam sejam lebey la jugak. Lokasi nya adalah di kg. kemuning, Melaka. Tapi takdelah Melaka sangat sebab it's more close dengan N. Sembilan. Kira sempadan N.Sembilan - Melaka lah ni.

Sampai sampai je dalam pukul 6 lebey dah nak masuk magrib that's time. Kampung suami memang meriah sebab sepupu belah suami boleh dikatakan bawah dari umur kami so, kuat lagi ikatan kekeluargaan tu. Memang sampai sampai dyeorang dah ade kat kampung tengah standy bahan bahan untuk memasak malam ni. Yeay!!! Excited sebab dapat makan banyak dan sedap.

After solat maghrib, bermula aktiviti masak memasak:




:: Satay!!! Suami dah siap siap tempah 300 cucuk satay dari kawan dia yang mentah punya so, tinggal nak bakar beramai ramai je malam tu. Memang sangat sedap, satay daging lembut apetah lagi satay ayam. Memang puas hati. Mesti ada yang tertanya tanya kan banyaknya order satay. Yup, mula mula plan nak order 150 - 200 je tapi takut tak cukup up lah sampai 300. Perut sangat happy malam tu. hehe, tolong nye tidok, makan je laju. ::


:: Bukti buat kerja. Hehehe, sempat lagi saya snap this picture. Suami berhempas pulas for his satay. Lelaki yang lain ada yang bakar ikan pari dan perempuan perempuan pulak tukang makan dan komplen. heee, tak dela bergosip je la keje kami. Dah lama tak jumpa kenn. Cerr tengok kat belakang suami tu siap ada kipas lagi. Ini semua gara gara mahu menghidupkan api. Dan panas giler kot sebab dok jaga api je kejenya. ::

Ermm, gambar sikit je dulu. Mana yang ada dalam handphone, sebab official gambar belum transfer lagi dalam laptop. Sebabnya. Malas sangat kalau trough handphone on bluetooth je ni kamera nak kene siap berwayar wayar. So tak payah. Apa yang ada je la ye. Huuu.

Besoknya, macam biasa sembahyang sunat hari raya dan ziarah kubur. Balik balik makan besar la apa lagi kan. Menunya adalah Nasi Arab, Kambing bakar + kukus, ayam dan lain lain lagi. Makan memang kene bagi kenyang kalau tak rugi je nanti bila terkenang kenang.

Masa ni pun ada yang beraya kat rumah atok n wan. Yang beraya pun adik beradik je. Aktiviti kami bergambar sakan la pulak. Tu pun sama dalam kamera jugekk. Tapi memang happening habes. Huhuhu, rugi tak tengok tau.

Petangnya beraya rumah wan sedara request by wan sebab nak beraya rumah adik beradiknya jugak. Dua buah rumah je. Saya memang penat plus mengantuk that's time. Hee, tapi best sebab dapat jalan jalan. Balik balik ambil gambar lagi suami dengan sepupu buat gaya masa kecik kecik dulu. Enjoy sewaktu penggambaran berlangsung. Suami masa kecik kecik comel sangat. Geram tengok muka dia. Ada panggilan untuk suami yang saya reka. hehehe, so sweet. Luv u la hubby ;)

Malam malam pulak plan dengan husband nk jalan Melaka. So gerak dengan suami je. Lebih cepat dan pantas. Lagipun nak ada masa bersama. hehehe, kira dating time la nih. Saya plak nak makan kat luar sebab tak lalu dah tengok daging daging daging. huhuhu, saya nak makan goreng goreng plak.



:: Yeay, akhirnya dapat jugak makan makanan ni. Super sedap. Yummeh. Mee hailam yang kick bersama dengan air milo. Makan tak memandang kiri dan kanan dah. Baca doa terus ngapp je. Kuah pekat gile masih jelas terasa sampai sekarang. hehe, ini tipu lah ken. ::




:: Suami tak makan, so keje dia tangkap gambar saya makan je la. Kalau tak, tak dapat lah nak share kat sini. Nak tau tempat makan ni kat mana? Okayy, jap lagi saya bagitau ye. ::




:: Haaa, boleh nampak tak view kat luar tu. Mesti dah ada yang dapat teka. Yess, kami makan di restoran jejantas. Memang dah lama nak makan kat sini. Sebab dah banyak kali lalu tapi tak pernah pun nak try makan kat sini. Tiba tiba malam tu suami tanya nak makan kat restoran jejantas tak?? Saya pun laju je angguk. Best dan gayat jugak makan kat sini. Hehehe. ::

So, after makan makan suami request nak tidur kat Melaka je. Memandangkan masa tu dah pukul 11 lebey. Nah kau dengan tak bawak baju nya, main redah je la. Takpe, saya wangi. hehehe ;p

Check in di World Youth Hotel. Tu pun lepas dah puas cari merata kat MITC baru lah ada bilik yang kosong. FYI, kat Melaka weekend boleh dikatakan semua bilik fully booked. Alhamdulillah ada rezeki untuk kami malam tu. Itu pun sebab last minute ada orang cancel kan booking. 
Pheww, ;)




:: Bilik yang selesa buat kami. Bila dah ada anak nanti dah tak boleh katil ni sebijik je. Kena tambah single bed. hihihi, hopefully ada rezeki buat kami. ::



:: Ada meja jugak. Tapi hotel ni biasa biasa je. Tanya kat receptionist tu hotel ni 2 bintang, kalau 3 bintang hotel tu kene ada swimming pool. Ohhh, maklumat baru buat kami. Tapi okay la ini quick punya keputusan nak check in. Harga pun very reasonable. ::

Besok paginya after breakfast siap siap balik. Sampai je terus packing barang sebab raya kedua adalah di kampung saya Jelebu.


Tamat sudah entry yang panjang berjela ni. Hope u olls terhibur membacanya. Hee.


bye ;)

No comments:

Post a Comment