October 31, 2012

Gambar raya yang paling ditunggu tunggu

Hai,


Di atas permintaan ramai, saya dengan suka hati dan berbangganya untuk share kan beberapa keping gambar raya sewaktu di kampung belah suami kelmarin. Gambar ni pun belas ehsan dari sepupu sepupu yang tolong tagged kan gambar di facebook saya. Nak harapkan saya transfer gambar entah bila la gamaknye. huhuhu ;p


Okayy, here we go:




:: Ini gambar sewaktu beraya di rumah Tok dan Wan Andak. Kami yang muda muda ni tak tahu nak buat apa bergambar je la kejenya. Yang berumur apa lagi menyingkap memori lama letteew. Hee, meh saya kenalkan sorang sorang sepupu kesayangan ni. Dari kanan aini, baru form 1 pendiam orangnya, tapi dengan family dia okaay je, ala mula mula je nanti dah besar sikit ramah la tu. Sama la macam saya dulu. Teheee. Next, nama dia erin. Erin dan aini baik sangat, suka amik gambar berdua dan minat korea. Yang pakai baju warna pink tu Pika, pandai orangnya. Kakak aini yang no 2. Yang tengah tengah tu ain, adik ipar saya tapi kami adalah sebaya. Yang pakai tudung putih tu K.ngah merangkap biras saya iaitu isteri kepada abang ipar saya. Still nampak sebaya dengan kami kan?? Sebelah dia adalah Kakak Ija, saya panggil Kakak, dan memang sesuai pun panggilan tu sebab dia macam kakak kakak sikit tapi sangat peramah dan easy going. Paling rapat dengan kakak la. Kalau balik kampung takde dia macam tak best je. Yang last tu saya la. Dalam gambar ni tak semua yang ada pun. Actually diaorang tak ikut beraya. Masing masing pun ada komitmen sendiri. So, please respect others okayy??  ::



:: Ini gambar candid. Lepas sembahyang raya takde mende nak buat. Nak beraya pun kena tunggu sembahyang jumaat dulu. Raya aidil adha ni takde baju raya pun tapi baju saya tahun ni memang luar biasa banyaknya. Memang redha je takde baju raya sebab bukan beraya sangat pun kenn. Masa ni suami dah tanggalkan pakaian raya dia. Nak tau suami pakai apa? Suami pakai jubah semua putih dari atas sampai bawah.  Alhamdulillah suami dah menunaikan haji sewaktu belajar di Jordan dulu. So, dah jadi kebiasaan pakai macam tu every year. Dan suami pun suka saya pakai jubah. Katanya saya nampak sopan, lemah lembut dan ayu gitu. Cewahh, ni yang nak pakai jubah selalu ni. Jubah ni pun banyak suami yang belikan. Suami terror bab pilih jubah ni, ye lah orang tu kan pernah belajar di overseas. No wonder la kan?kan?kan? ::



:: Haaa, inilah gambar yang saya cakapkan di entri yang lepas. So, camner?? Best kannn idea ni. Cuba teka yang mana satu suami saya? Hee, macam tak sangka dulu dengan short pant nye,  badan masing masing slim yang amat, muka plak nampak nakal dan comeyy gila. Tup tup bila dah besar jadi ustaz. Dan yang lain lain pun sopan je bertudung dan menutup aurat. Alhamdulillah ;) ::



Last but not least, takbir raya. Semoga dangan memuji dan memuja tuhan kita akan menambahkan lagi keberkatan dan kemuliaan di hari raya aidil adha ini, aminnn.



3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.





Okayy, cukuplah tu. Sepatutnya entri raya aidil adha ni satu je ni dah bertambah dua jangan bertambah tiga sudahlah pasni. Hehe, hope you guys enjoy reading.




tata ;)



No comments:

Post a Comment