October 02, 2013

Nama Anak Kami...

Assalamualaikum...
haii..
Sebelum tu nak mohon maaf, fatimah masih xdpt nak update blog, memandangkan die baru berpantang kerana melahirkan anak perempuan kami yg comey, kiut miut tu..Orang tua2 kata, xbaik kalo mase berpantang terlalu lame membaca/fokus pd sesuatu, takut nanti mata boleh rabun..pernah dengar? aku baru je dengar. Disebabkan makku n mak mertua aku cakap macam tu, so kami akur je la..selagi mana ia tidak menyalahi hukum agama dan aqidah, bagi aku tiada masalah..

okla, sebenarnye nak umumkan nama anak perempuan kami yang lahir pada 20/9/2013, Jumaat lalu.

Nama anak perempuan kami adalah.......






AISY HANAN AL-ISLAMI

Ya, itulah nama buah hati dan permata baru kami ni.. Aku rase bukan aku sahaja, malahan sume ayah di dunia ini memang nak letak nama2 yg terbaik, yg indah2 untuk anak mereka. Yelah, nama itulah yg kite akan sebut selalu siang dan malam. Nak2 pulak, itulah insan yg lahir sebagai tanda cinta kami berdua.

 Pastilah namanya bukan nama sebarangan, pemilihannya antara berpuluh2 nama, setelah meminta nasihat dan pandangan dari seorang ustaz yang alim, yg kami kire banyak mendoakan kami, sepanjang isteri mengandung..juga beberapa kali solat istikharah, maka Allah bukakan hati kami untuk memilih nama ini.

Tidak dinafikan pada awalnye ramai yg mempersoalkan nama Hanan. Ada yang cakap macam name lelaki je. Untuk pengetahuan, Hanan adalah diambil dalam Bahasa Arab yg membawa maksud keberkatan dan kasih sayang. Di negara arab sendiri, contohnye di Arab Saudi, Jordan, Mesir, nama Hanan memang biasa di berikan untuk perempuan, bukannya lelaki..Malahan ramai nama2 insan yg hebat bernama Hanan di tanah arab. Tapi yang paling penting pemilihan Hanan ini adalah kerana maksudnya,' Keberkatan'..Masyaallah, apalah guna kaya tapi hidup xberkat, apelah guna kepandaian, kejayaan tapi tiada keberkatan di dalamnya. Bukankah nama yg kite sebut itu adalah doa? Maka seorang ayah yang serba kekurangan dan dhaif ini ingin mendoakan agar anak kecil dieni diberkati oleh Allah, juga ayah dieni sgt berbesar hati apabila yang lain2 juga  memanggil dan mendoakan anaknya sekali..
Hanan..Hanan..Hanannn... :)

Namun, timbul la persoalan, yang rata2nya dari adik beradik dan sepupu2 yang mengatakan nama panjang..susah nak sebut..lidah terbelit2..sampai abg ipar cakap, " Hui, ni nak akad nikah susah nak sebut.." hahaha..hei, ingatkan senang nak kawen dengan anak aku!(naluri seorang ayah mmg tinggi nak protect anak perempuan die. Aku seorang guru, nama yang selalo aku ingt adalah nama budak yg paling baik, paling nakal, dan nama2 yang unik..moga2, bile guru die senang ingt nama die, maka bolehla guru bagi perhatian kt die..Aisy Hanan al-Islami...
Aku memang perasan, ramai yg susah sebut Aisy..yang sebutpn, ade yg makhraj xbape betul, aisy = dari huruf 'Ain, Ya dan sin yang membawa maksud Hidup..Macam mak aku, mak mertua, ayah mertua, rata2 org tualah punyela susah sebut aisy, die jadi ashh, kadang2 eishh..hehe.. meh sini kite belajar sama2.. biase sebut nama Ain camne? Aa in..kan? so utk aisy, dienye pronounce die Aay ish..lebih dekat macam aayish jugak la..sape2 yg leh bace quran, dalam arab cmni عَيْش 
Kalo kena dengan sebutan die, kite akan dapat rase kecomelan bile sebut name ni..aisy hanannn...aisy hanannn..aisy hanannn.. (betulll..huhuhu)

al-Islami..Islam..antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan pada hambanya iaitu nikmat Iman dan Islam..Moga Iman yang kita adani Allah berkati, moga islam kitani Allah berkati dan redhai..sebut betul2, al-Islami tauu bukan islamic (dah macam university dah pulak anak aku nanti - international islamic university)..

Jadi inilah nama anak aku Mohd Nurhafiz dan isteri Siti Fatimah

AISY HANAN AL-ISLAMI
HIDUP DALAM KEBERKATAN ISLAM ~




3 comments:

  1. Akak...kite gugel sebutan aisy tu bunyinya macam izi....kite pon berkenan nama tu...tapi takut bebudak ni pannggil aiseymannnn,,,huaaaa

    ReplyDelete
  2. kenapa pd malumat bapa tulis "maklumat tidak berkenaan"?

    ReplyDelete
  3. Sama cam nama ank saya nur aisy hanan

    ReplyDelete