January 05, 2013

Taman Malaysia, Seremban


Salam,



Sewaktu saya dan suami celebrate our anniversary, saya ada cerita yang kami jalan jalan disini kan? Lupa eh? Ok klik sini. So, hari ni mood nak cerita ada. Boleh lah saya show off macam mana rupa taman tu.

Actually, saya pun tak tahu kewujudan taman ni. Suami cakap dah tak ramai orang datang kesini. Memang horror pun saya tengok. Masa tu kami berdua je yang ada, selain pak guard yang setia menunggu, tapi kat depan pondok tu jela, heee.

Cantik sangat taman ni, siap ada chalet, tempat bbq, jambatan gantung. Sayang sebab tak ramai dah yang pergi ke sini.


Tak percaya? Jom tengok gambar:






:: Semut yang banyak, daun daun bertaburan menandakan taman ni tak berjaga. ::


:: Cantikkan view dia? Ini adalah jalan yang disediakan untuk para pengungjung berjalan di track yang disediakan. Memang betul betul terasa bagai berada dalam hutan. Eh, eh, macam kena pulak tema baju kami, hijau. hehehe, ;) ::


:: Saya pun nak pose jugak, hehehe. Sepanjang perjalanan kami, ditemani bunyi cengkerik, dan nyamuk yang ikut serta memeriahkan suasana. ::


:: Kat belakang kami tu dah hutan dah. Tapi bukan hutan yang totally tebal, just nice je la. Sejuk mata menikmati suasana di sini. ::


:: Kalau perasan ada rumah warna oren di sebalik pokok kat belakang tu, haa tula chaletnya. Tak silap ada lebih dari lima. Tapi sekarang kalo nak tido situ pun macam takut je. Berapa lama plak tak de orang menghuni, huhuhu. ::


:: Hee, jambatan gantung yang masih elok, cuma  tak berjaga je. Kat bawah jambatan ni ada tasik. Kotor gilerr airnya. Masa mula nak naik jambatan ni risau juga sebab ada tanda warning before nak panjat bangunan jambatan ni. Dah la takde orang pantau. Naik ni pun one by one dulu. Takut tak dapat menampung berat. Alhamdulillah, selamat menyeberang. ::


:: After dah penat berjalan, rehat rehat kat kerusi ni. Masih elok kerusi ni tak de pasir, habuk pun takde. ::


:: Haa, kat belakang suami tu adalah pokok yang besar dan tinggi kat taman tu. Kira taman ni dulu hutan, bila nak buat taman masih kekalkan keaslian hutan tu. Siap buat label lagi nama pokok pokok kat situ. ::

  

:: Masa nak balik tu, sepanjang jalan ada bunga. Naik seri sikit taman ni. Takdelah suram je. Harap harap la lepas ni kerajaan akan membangunkan kembali Taman Malaysia, Seremban ni. Hehehe, overje saya kan ;p. ::


Lepas dah penat berjalan, singgah A&W. Yeahh, saya suka!!!




:: Air float yang sentiasa menggoda selera. Order yang large terus. Dua dua licin. Onion rings, pilihan suami. Suami suka onion, haa amik onion kat sini saiz besar besar. Suka lettew. ::


:: Berusaha untuk ambil gambar berdua. Sayang iyee, hari ni hari pernikahan dan persandingan kami. Just spend time only saya dan suami sahaja. Mengimbau memori dikala kami disatukan. ::



:: Last sekali sebagai dessert, suami order wafer aiskrim strawbery. Sedap sangat sangat. ::



Really enjoy with you my husband. Semoga ikatan pernikahan akan berkekalan sehingga ke syurga serta dilengkapi dengan zuriat yang soleh dan solehah, aminnn.



Mood: Tak sabar nak dapat gaji. Boleh jalan jauh sikit pas ni. Overseas maybe?? InsyaAllah...



No comments:

Post a Comment