December 26, 2012

Surprise 1st anniversary celebration, 24 Dec 2012



Salam,


Mood sekarang tengah teruja untuk mengupdate hot story ni. Mesti ada yang tertanya tanya yang hari tu dah wish anniversary dan anniversary yang ini apa pulak? Ok, let me clarify everything. 

Actually, saya dan suami decide untuk sambut anniversary pada bulan islam iaitu 28 Muharram yang lepas. Tapi just wish romantik macam gitu gitu aje. Dan 24 Disember ni pun tak expect yang nak sambut ke hape. Tiba tiba je suami bagi kejutan. Memang tak dijangka dari awal. 


Now, nak cerita how the story begins, ngeh ngeh ngeh, ;).


Malam tu hampir jam 12 tepat masing masing dah wish happy anniversary to each other, sambil mengimbau kenangan setahun yang lepas. Hehehe, dulu malu malu kucing sekarang dah setahun usia perkahwinan kami. Segala kenangan pahit, manis, sedih, marah, gaduh gaduh manja semua membuatkan kami lebih memahami dan mengenali pasangan masing masing.

Apa yang saya boleh ucapkan Alhamdulillah, bersyukur sangat dikurniakan seorang suami sebagai imam, peneman di kala susah, senang, penguat semangat, penyejuk hati, jatuh dan bangun sentiasa ada di sisi. 

Orang kata mencari pasangan ni bukanlah mencari yang terlalu sempurna tapi kehadirannya lah yang akan menyempurnakan kehidupan kita satu sama lain. Nobodies are perfect. Right?

So pagi tu pergi kerja macam biasa. Rehat jam 12 tengah hari tu siap ajak suami temankan pergi beli barang sekolah, since minggu depan sekolah dah nak bukak (cerita dapat kerja baru belum berkesempatan nak update, later on la ek, ;) ). 

Then balik kerja jam 4 petang, awal sikit hari tu, sampai sampai tengok kereta suami takde. Dalam hati quite upset, huhuhu ;(. Rehat rehat dulu sambil baring, mata dah start mengantuk  (kerja sangat penat walau hanya mendengar orang berceramah.)


 
Tiba tiba suami call,

Abg: Ayg siap siap ye, abg otw nak balik ni. Mandi wangi wangi dan sembahyang asar terus. Abg dah solat dah.
Ayg: Kita nak pergi mana? Abg kat area mana tu?
Abg: Kita nak pergi dating. Sekarang dah nak sampai ni. Cepat siap.
Ayg: Ok. (mood teruja terus cepat cepat siap walau tadi ngantuk tahap gaban. kihkih, ;P )

 

Okayy straight to the point, before kejutan dari suami tu suami ajak pergi Taman Malaysia, Seremban. Cantik tempat dia tapi sayang macam terbiar dan tak berjaga. Berjalan je di situ sambil amik gambar. Ada masa saya story pasal tempat ni ye. 

Then suami tanya nak pergi mana, saya pun cakaplah nak minum air float A&W. Dekat je dari taman tu terus la pergi sana makan ringan ringan je dulu. Sebab suami cakap malam ni nak makan yang heavy lagi. Saya still time ni tak expect lagi.

Lepas tu singgah Seremban Parade bungkus 2 je kenny roger roasters. Saya pelik kenapa bungkus? kenapa tak makan kat situ? Suami cakap kita makan kat rumah je la, makan dalam bilik. Huhuhu, saya pun dah kecewa gila gila ingat nak dating sampai malam. Tapi nak balik dah. Monyok je dalam kereta ( hehehe tipu je nih, mulut berceloteh tak henti henti.)

Masa dalam perjalanan tu, suami terus belok simpang ke Royale Bintang. Yeayyy!!! Bergembira rasa di hati sebab time ni dah agak suami nak check in kat sini. Rupa rupanya suami dah booked masa dia keluar petang tadi siap berpakat dengan mak mertua, adik ipar dan kakak ipar. Terharunye, sobs sobs sobs ;). 






Taraaaa!!!



.
.
.
.


 :: So touch, masuk masuk bilik dah siap setup dengan semua ni. Tak percaya pun ada suami seromantik ni. Rasa macam dalam wayang je, tapi kini betul betul depan mata. Terus peluk hubby, dan rasa sebak di hati saya langsung tak expect semua benda ni. Bersyukur sangat sangat, Alhamdulillah. ::


:: Lilin dah siap, rupanya makanan bungkus tu for this candle light dinner. Suami cakap pihak hotel tak dapat siapkan candle light dinner ni maybe sebab last minute booking. Tapi takpe this effort lebih membuatkan saya rasa bermakna. Thank you, abg ;). ::

:: Masih macam dulu, cuma ada certain part yang takde. Tapi saya still suka dengan Executive Room ni. ::

 :: Inilah dia hasil dari usaha gigih suami. Sangat romantik, sambil ditemani view yang indah dari luar bilik. Terasa bagai berada di Paris. Kota cinta tu. hehehe, ;) ::

 :: Suami berjaya buat kejutan ni. Satu hari ni penat jadi runner ke hulu ke hilir. Tapi isteri dia ni lambat pick up. Sedangkan dah banyak hint suami tak sengaja terlepas cakap tapi still blurr jugak. Masuk ni dah 2x candle light dinner. 1st tu masa before kahwin, saya yang setup, tapi biasa biasa je. Tapi yang ni memang luar biasa boleh mengalirkan air mata. Uwaaa, ;( ::

 :: Cuma kami berdua, penuh dengan rasa cinta. ;) ::

 :: My beloved busband ever, lots of L.O.V.E ::

 :: Six fresh roses from hubby. ::



xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo



Pagi tu,



 :: Before breakfast snap bersama hiasan christmas ni dulu. ::

 :: Our breakfast. Sedap sangat, makan sampai licin. Erkkk, kenyang ;) ::

 :: Comel je, muka maintain muda. Kalah saya, ;p ::

 :: Muka bangun tido. hee, ;) ::


 :: Tak mandi pun just bergambar sahaja. ::


:: Roses from my hubby with a note that appreciate this relationship with pray and hope for our relationship will last untill jannah, aminn. ::




Semoga kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah penyejuk hati umi dan abah, aminn.  


1 comment: