September 26, 2012

Jauhi perasaan hasad dengki (Phd)

Assalammualaikum,

Minggu ni saya busy menyiapkan report untuk praktikal. Dan minggu depan akan pergi ke Shah Alam semula. Wah, rindu Shah Alam, even baru je pergi minggu lepas bersama K.Nisa (pengantin baru), eiyka dan ainil (practicalmate). Mungkin nanti nak berjalan jalan di sana mengimbau kenangan sewaktu belajar dulu. Tak sabar nak submit report ni. hehehe, ;).

Berbalik pada tajuk di atas, saja untuk peringatan bersama bloger sekalian. Perasaan hasad dengki ni memang lumrah manusia. Tetapi seharusnya kita berfikir secara rasional dan jangan biarkan rasa itu menguasai diri kita sampai keterlaluan. Kalau untuk kebaikan diri itu takpe. Contoh untuk memajukan diri dalam belajar. Itu sangat digalakkan, tapi yang negatif tu tak boleh tengok orang lebih dari kita hati menggigit sakit. Sampai malam termimpi bagai. So how???
.
.
.
Istighfar,
Istighfar,
Istighfar!!!

Kerana sesungguhnya syaitan sentiasa ingin merosakkan manusia kerana itu adalah janjinya kepada Allah s.w.t. Kepada anda semua marilah kita bersama sama mendoakan kebahagiaan dan kejayaan buat keluarga, saudara mara dan sahabat sekalian. Kerana sekali kita berdoa 10 kali malaikat mendoakan buat kita. Sangat beruntung bukan? Cuma diri sendiri sahaja memerlukan perubahan yang bukan sedikit tapi besar.


Allah S.W.T berfirman:


قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ . مِن شَرِّ مَا خَلَقَ . وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ . وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ . وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

"Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya"."

Surah Al-Falaq ayat 1 - 5

..:berkasih sayang amalan terpuji:..


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah yang Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment