July 15, 2012

Car hunting and finally I got it

hai,

Dah lama tak update blog. Rindu ke??? hehehe,saya ada je balik di kg. Jelebu spend masa with my beloved family and plus 'mantai'. Tau ke mantai tu ape? Mantai ni kira masak lemang, rendang, ketupat la untuk sambut bulan Ramadhan yang bakal menjelma. huhuhu, banyak sangat makan dah ni. Badan bagai dipam pam. Hopefully time practical nanti susut sikit badan. Yela tak dapat tido petang and kerja straight dari pagi sampai petang. urgghh, what a tough..

Back to story, before balik Kg di Jelebu, saya dan suami survey kete 2nd hand untuk saya pergi praktikal. Before this suami cakap pakai kete dia je. Bila pikir pikir balik why not beli kereta sendiri and long term pun kira ok la kan before dapat kerja tetap. So bermula lah pencarian kereta. Sangat keliru that time terlalu banyak kereta yang cantik dan menarik dan harga pun okayy. Di antaranya:

1. Kembara
2. Savvy
3. Kelisa
4. Kancil

Nah kau, sila la buat keputusan. Suami tunggu je yang penting saya suka. Survey punya survey siap buat research lagi kat internet. Ini lah dapat saya kongsikan.

1. Kembara, harga agak murah dalam RM10k tapi dari segi minyak dan maintenance mahal. So tolak tepi.

2. Savvy, body perghh gila cantik dalam comfort dan nampak masih baru. Kecik je memang sesuai untuk perempuan. Minyak pun jimat tapi orang kedai tu kata maintenance susah sebab Savvy hanya boleh di service di Proton sahaja. Tak tau la betol ke idok. So tolak tepi.

3. Kelisa, hehehe. Paling saya minat. Body comel je, dalam masih baru maybe baru modified, tayar pun ok lagi. Kaler pun still nampak berkilat dan original. Overall saya puas hati. Survey pun mengatakan Kelisa adalah bagus. KIV.

4. Kancil, at first memang nak cari Kancil, tapi bila survey kat kedai rasa macam tak nak Kancil. Ngada ngada kan. Maybe abah pun dah ada Kancil so nak wat kelainan pilih la selain dari kancil. Sorry ye Kancil, but I still like you.

So, nak tau ke apa pilihan saya???





xxxxxxxxxxxxxxxx





TARAAAA!!!!!











..:jatuh cinta dengan kelisa:..

Inilah kereta yang suami belikan untuk saya. Saya memang suka sangat sangat dan puas hati. Harga pun ok. Balik Kg hari tu bawak 2 kereta alasan suami nak biasakan saya dengan kereta tu. Boleh lah bawak mak dan abah jalan jalan. Yang paling penting senyuman mak dan abah tu membahagiakan saya. Hopefully dapat kerja tetap cepat dan nak balas jasa mak dan abah. Insya Allah, amin..





p/s: nak tau apa rahsia duit tak putus putus?? nantikan entry yang seterusnya..

No comments:

Post a Comment