May 30, 2010

renungan bersama

idea penulisan aku di waktu ini
adalah selepas menonton rancangan halaqah di tv 9
yg bertajuk www.tamanabadi.com

ingin ku kongsikan ilmu yg sedikit sebanyak
membuatkan aku berfikir
dan menginsafkan aku walau cume utk beberapa minit

dalam kita bergembira ingatlah akan sakitnye kematian,
dalam kita mengejar ilmu dunia ingatlah ilmu akhirat itu lebih utama,
dalam kita sibuk mencari kekayaan igtlah sedekah dan amal jariah utk tabung di akhirat,
dalam kita kesibukan bekerja igtlah Allah yg xpenah lupa akan hambaNya..

menilai pd diri sendiri,
sudah cukup mengatakan diri ini masih tidak bnyak pahala dan amalan yg dilakukan
solatnya sekadar solat tetapi khusyuknye belum tentu sempurna
mengaji Al-quran tetapi penghayatan dan pemahaman failed..

sedangkan kita telah didedahkan dgn azab kubur yg sgt menyeksakan
bayangkan liang lahad yg semuat badan kita dan sekeliling gelap gelita
dengan tanah dan kain kafan yg menemani
dan diri ini ditinggalkan keseorgngan dlm kegelapan

adakah kekayaan akan membantu kita??
adakah keseronokon akan membantu kita??
adakah segala yg kita puja2 hiburan, maksiat, sosial yg melampau itu yg kita kejar??

buka minda dan fikir sejenak yg kita tergolong dlm org yg rugi
kalo kita mengagungkan apa yg kita buat skrg..
sesungguhnye bergembiralah kamu di dunia
sedangkan akhirat itu adalah sekekalnya kehidupan..

bertaubatlah dan beristigfarlah selalu
semoga istighfar dan zikir itu menjadi lagu dlm setiap perbuatan yg dilakukan seharian

kehidupan di dunia ini,
adalah seketika cuma,
pengalaman pahit manis kehidupan mematangkan kita sebagai hambaNya,
dlm mengejar kejayaan hidupnya di dunia,
lebihkan amalan utk bekalan di akhirat,
kerana kejayaan di akhirat itu adalah penting..



doaku:
"Semoga umat Islam dan semua org yg kita syg keluarga, saudara mara, kawan2, kekasih hati dan org2 yg kita syg yg telah dulu pergi meningglkan kita akan terlepas dari azab kubur yg menyakitkan dan kita semua akan dimsukkan di dalam syurga mu Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin..."





the and~~


p/s: diri ini bukan sesempurna mana tp aku terpanggil utk berkongsi ape yg aku rase ini bersama org2 yg aku syg..i luv Islam..moga sentiasa diberi kekuatan untuk terus berjuang menggapai kasih cintaNya.. dalam menyusuri Raudhah Firdausi..

No comments:

Post a Comment