Hai semua,
Today is Friday. Yeay!!!
Apa yang hepi nye? Bukan dah start cuti dah ke? Hari hari dok rumah je pun. huhuhu. Takpelah suka bagi pihak suami bole? ;)
Actually suami tak sihat dari hari Isnin sampai ke Rabu. Tapi gigih jugak nak ke sekolah. Hari ni suka kemain la dia bila dah cuti ni.
Dan saya pula, duduk rumah risau jugak sebab tak banyak berjalan. Nak tidur lama lama pun risau.
So, aktiviti saya bangun pagi basuh baju, masak, basuh pinggan, mop dapur. At least ada pergerakan. Petang kalau boleh tahan mata jangan bagi tidur. Malam baru tidur beriye. Tu pun kerap terjaga sebab nak shi shi.
Sekarang suami dah sihat, dah mula main game bola plak. Adoiii. Masa tak sihat tu tidur je, mengerang (macam dak kecik tu) sampai risau saya. Dia kalau dah start sakit memang teruk. Tak boleh nak buat apa dah.
Tapi sekarang dah baik, conquer game bola. Saya yang mati kutu tak tau nak buat apa. Ni yang dok update blog ni.
*****
Cerita makan pizza je pun.
Al-kisah, pergi Giant hari Khamis tu pergi bank in duit dan settlekan apa yang patut. Pastu dok teringat iklan pizza kat TV yang baru tu.
Masa lalu depan pizza tu siap tunjuk kat suami, nak pizza bole? Sambil wat muka comeyy. hahaha. Suami on je. Wah bahagianya rasa.
So apelagi marilah mengorder pizza idaman hati.
Memang tak rugi.
Dah amik satu baru teringat nak amik gambar. huhuhu. Sedap gila pizza ni. Seperti yang dalam TV tu. Time nak amik tu cheese dia siap tertarik tarik. Macam taknak melepaskan antara satu sama lain. Perghh, memang dramatik. Dengan bahagaian tepi yang crunchy, siap berbunyik lagi tu bila makan. Yang putih putih tu krim rasa dia masam masam. Memang sedap sangat.
This is mine. Order saiz regular je. Mula mula rasa macam tak cukup. Tapi makan 2 ketul dah full. Nasib baik tak tamak. hahaha. Dapatkan set pizza untuk 2 orang makan hanya RM 30++. Dalam iklan je. Bila bayar RM 35++. Tengok tengok apa yang ++ tu rupanya service charge and gov tax. Cittt, menyirap je tengok.
Muka budak baru sihat demam. Hee, comeyy je. Seronok bila tengok suami dah ada selera makan. Sebab, tak pernah saya masak suami tak habis or tak bertambah. Ni bila sakit satu dua suap je. Yang lain semua tak habis. I is keciwa tau tak. Uwaaa, ;(
Now, Alhamdulillah dah ok dah.
Ni tak payah komen. Tengok pun dah tau gelojohnye. Ahhh, satu kepuasan dapat makan pizza ni. Ok pasni dah tak mintak lagi. Dok senyap je.
So apelagi, pergilah rasainya sekarang.
Berbaloi baloi!!!
Promosi ini adalah tidak berbayar.
No comments:
Post a Comment