February 21, 2014

Perkembangan baby hanan


Assalammualaikum, salam jumaat.

Alhamdulillah,

Hanan dah memasuki usia 5 bulan 1 hari. Nak tau tak apa perkembangan dia sekarang?

Ehehehe..

Balik je dari rumah pengasuh, abah dia main -main dengan dia dulu, ummi masak. Then abah menjerit, "Ya Allah hanan dah boleh mengengsot ke depan. Lagi hanan lagi."

 Hanan pun macam tau tau je buat lagi sekali.

Syukur, gembira hati ummi.

Semoga hanan sentiasa dalam pemeliharaan Allah s.w.t. kerana sebaik -baik pemelihara adalah Allah.


Dulu waktu berkira -kira nak berhenti kerja isu ni pernah diutarakan.

" Kalau ummi kerja nanti mesti tak dapat tengok perkembangan anak ummi untuk pertama kali. "

 Means kat rumah pengasuh dia la yang tau perkembangan hanan dulu kan. Tapi Allah tu maha mengetahui, masa jemput hanan ummi dia mesti tak missed tanya hanan macam mana, tak pulak disebut yang hanan boleh mengengsot ke depan agaknya Allah nak ummi or abah dia yang tengok dulu.


Tu yang kalau boleh habis je waktu kerja nak cepat- cepat amik hanan. Walau ada yang cakap rehat dulu, masak dulu dah siap semua baru amik anak.

Tapi hati ummi tetap nak amik hanan cepat, walau lepas tu mengantuk tahap gaban.

Dush*pengsan.



Mana tak rindu tengok hanan yang macam ni,



Geram nak peluk dan cium puas puas. Dah pandai orang geletek dia kemain lagi gelak.


Pipi tembam ikut abah dia. Ahahaha, ;)




Ummi.

Ummi.

Ummi.

Tiga kali keutamaan anak pada ummi dia, dan dengan rasa kebertanggungjawaban itu ummi sentiasa nak bersama hanan.

Kerja itu satu pilihan tapi tanggungjawab ummi untuk anak adalah keutamaan dan kewajiban. No reason!

Tak dinafikan abah dia pun banyak bertolak ansur, bila hanan perlukan ummi, abah dia yang masak dan take over kerja ummi.

Thank so much abah@suami.

Sekarang ni asyik panggil suami abah je, dan bahasakan diri ini ummi.

Hahaha ;)

Berbalik pada cerita tadi.

So, hari Jumaat yang mulia ni, hanan pun lahir pada hari ini. Hari ni dia tak tidur petang pun. Habis dia explore satu ruang menonton TV. Ummi dia sambil menyusu sambil tertidur tidur dek mengantuk sangat.

Bila terjaga tengok hanan sekejap bergolek ke kiri ke kanan. Bila dah penat mengensot plak. Yang jadi kepantangan ummi, bila semua benda dia nak masuk dalam mulut. Aishhh, la anak. 

Tu pun dah batuk batuk. Risau ummi dia ni.

Petang ummi bawak jalan-jalan, siram pokok bunga sambil tunggu abah balik daripada latihan qasidah.

Tengok mata hanan dah ralit nak tidur tapi tak jugak tidur.

Dah pukul 6.30 mandikan hanan baru la ter ek ek ek nak tidur. Panggil ummi dia.

Berlari-lari ummi nak dapatkan hanan.

Penyudahnya tengah nyenyak tidur sekarang.

Hanan, hanan.

Ya Allah, seronoknya nikmat yang dirasakan.

Semoga hanan membesar dengan sihat.

Aminn.


No comments:

Post a Comment