August 14, 2013

Hari raya pertama bersama keluarga mertua


Salam Syawal,

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Hari ke 8 Syawal baru berkesempatan nak update blog.

Isu raya kali ni adalah isu sensitif. 

Hihihi, ;)

Actually, raya kali ni turn belah suami beraya di kampungnya. Since, last year rumah keluarga saya dulu. 

So, first time saya beraya di perantauan. 


Uwaaa ;(


Dekat dekat nak raya hari tu suami dok sakat sakat, saya dengan muka siyes cakap "jangan main main nanti ada yang nangis nak balik pagi raya tu kang."

Better buat biasa je, lagi sakat lagi la hati ni sayu kan?

Ini buktinya, saya malas nak layan je.

******



Tapi bagi suami dia dah pernah beraya di perantauan. So, tak kisah sangatlah kan. 

Saya pun tak kisah jugak cuma tulah jangan dok sakat sakat la. Ala, lagipun raya kedua dah balik Jelebu dah. Tak lama pun kan.

Rilex laaa..


Pengalaman beraya di kampung suami. Sangat lah berbeza dengan beraya di kampung sendiri. 

Kenapa?




Takbir raya dari rumah ke rumah. Selalu dengar cerita je or tengok dalam TV je. Tapi sekarang dah laluinya. Best best. Sambil bertakbir tuan rumah siapkan jamuan untuk tetamu yang datang. Sekejap je makan makan tu. Banyak lagi rumah nak ditakbir oiii.


Yang perempuan duduk belakang belakang je. Ambil berkat dengar takbir raya. Tuan rumah jugak siapkan duit raya untuk diberi kepada tetamu. Saya pun dapat jugak. Tak sangka. Yeay!!!


Dah malam malam sikit acara main mercun pun bermula. Saya tak join sangat. Hehehe, dulu dulu masa kecik bolehlah sekarang dah tak larat nak main semua benda nih.


Posing dengan mercun dan bunga api masing masing. Suami adalah sponsor mercun terbesar. Mengalahkan budak budak. Ish ish. Tapi kalau takde mercun ni semua rasa macam tak raya la plak kan?


Di pagi raya, selepas menunaikan solat sunat raya sesi bersalam salaman lah plak. Alhamdulillah tahun ni saya pula yang memberi duit raya. Menerima duit raya pun ada jugak. Hee, ambil jangan tak ambil.


Then, makan makan sambil ambil gambar keluarga pun bermula.  Saya dan suami baru pas makan ni. Makan cuit cuit je, sebab lepas ni nak beraya plak. Kena kosongkan perut dulu. 


Bergambar bersama biras, adik ipar dan sepupu.


Bergambar bersama wan dan mak mertua. Eh eh perasan tak tema baju raya tahun ni.

Hee, warna grey@silver. Punyalah payah nak cari baju untuk saya. Baju dah jumpa tapi saiz plak takde. Macam macam hal. Last last asal ada sikit warna grey tu kira ok la eik...


Saya dan suami. Gambar berdua je. Tahun depan insyaAllah bertiga. Doa doakan untuk kami ye. Auwww, fall in love bila tengok gambar ni. Alhamdulillah.


Last sekali gambar tengah beraya. Lepas tu kamera simpan sebab masing masing dah penat.

******

Total rumah yang beraya pada hari itu adalah sebanyak 8 buah rumah. 


Ni barulah raya sakan ye dokk.


Ok, selamat beraya semua.


Bye.



No comments:

Post a Comment