January 21, 2013

Profession perguruan


Assalammualaikum,


Ada yang ternanti nanti ke sambungan dari teaser saya yang lepas???

Seperti yang dijanjikan dan anda semua pun telah tahu, setelah hampir sebulan saya konvo dan berehat sepuas puasnya di rumah, Alhamdulillah Allah telah memperkenankan doa saya, suami, mak abah, keluarga saya, keluarga mertua dan anda semua untuk mendapat pekerjaan.

Siapa sangka yang saya mendapat pekerjaan secepat ini. Pergi temudugaa 2, 3 kali tapi lepas tu senyap seketika menunggu jawapan yang tidak kunjung tiba. Hati mana yang tidak kecewa bukan?

Tapi perancangan Allah itu sebaik baikNya masuk tahun 2013 saya diterima bekerja di salah sebuah sekolah swasta dan dengan pengalaman bekerja yang langsung takde. Hanya practical training yang saya letakkan di resume. 

Dan Alhamdulillah, berterima kasih kepada yang sudi mengambil diri ini bekerja dan memberi kepercayaan penuh kepada saya. Ohh, untuk makluman semua saya memang tak pernah bekerja part time, selepas habis SPM mahupun sewaktu cuti sem. Tapi rezeki yang Allah tetapkan buat saya datang bila tiba masanya. Syukur yang tidak terhingga.

Pekerjaan saya ni juga adalah lain apa yang saya belajar sewaktu 5 tahun di alam Universiti. Totally different tapi saya cuba sebaik mungkin untuk adapt dengan environment baru ni. Tapi yang saya suka pekerjaan saya ni juga ada kaitan dengan ilmu dan buku buku. Kira ada buku feeling macam kerja librarian jugak la kenn. hehehe. Good luck Fatimah!!! You can do it.


Ok,  mukadimah yang agak panjang. Next, saya nak ceritakan pengalaman atau serba sedikit mengenai kerjaya saya sebagai seorang guru.
.
.
.

  • Setiap hari bangun pukul 6 (huhuhu, memikirkan ini hampir lemah dibuatnya, tapi bagus juga bangun pagikan rezeki senang masuk. Sentiasa fikir positive ok!!!)
  • Study dulu apa yang nak diajar esok (yang ni senang je, belek belek dah tau apa nak ajar, cehhh poyo ;p)
  • Buat bahan bantu mengajar BBM (urghhh, ini agak tension sebab saya kekurangan idea untuk buat benda2 kreatif2 ni, saya suka yang tegas or formal je, senang, huhu.)
  • Setiap hari kena buat Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian RPPH (yang ni mula2 agak susah tapi masuk minggu ke dua saya dah expert, kalau boleh seminggu straight tu saya nak buat cuma malas sahaja, hehehe.)
  • Melayan karenah anak murid (kena hadap juga walau tak suka sebab hari hari asyik melatih vokal dah nama cikgu kan?hee, ;) )



So, kerja sebagai guru ni ada pros and cons nye. Walau kerjanya banyak, tapi kebaikannya juga banyak. Suka saya ingatkan di sini kepada semua kawan kawan dan blogger sekalian, setiap hari anda mulakan pekerjaan niatkan di hati bekerja kerana Allah Taala (pesan dari suami tercinta). 

Ini kerana kerap kali juga berlaku pada kita semua yang pergi kerja melawa sakan, pakai minyak wangi terlalu kuat. Itu semua untuk apa dan siapa? Cukuplah sekadarnya sahaja. Jangan jadikan tempat kita mencari rezeki menjadi punca kita mendapat dosa. So, marilah kita bersama sama muhasabah diri. Saya juga menasihati diri saya yang banyak kekurangan dan masih dalam proses membaiki diri.


Lastly, untuk tatapan semua gambar hari pertama saya dan suami bertugas sebagai guru:




:: Hari masih gelap lagi baru jam 7, suami pakai baju biru hadiah anniversary kami yang lalu. Suka tengok, look smart kan? ::


:: Saya pun nak sedondon juga even sekolah lain lain. Hehehe, ngengada kan? ::


FYI, tiga kakak (k.lang, k.teh dan liya) saya juga bekerja sebagai guru dan suami juga. Dan kini saya juga telah bergelar guru.


Semoga kami menjadi guru cemerlang, dan ilmu yang dicurahkan menjadi pahala berterusan apabila tiba masa menghadap Illahi, InsyaAllah aminn.




Al-fatihah buat arwah atok belah suami.



No comments:

Post a Comment