December 18, 2012

Johor: hari 2 ( Legoland)


Salam,


After beberapa hari tidak mengupdate blog, malam ni baru ada masa. hehehe. Maklumlah saya sekarang sudah bekerja, Alhamdulillah. Dan minggu lepas juga kakak ipar selamat bersalin. So agak kelam kabut untuk uruskan semua hal hal tersebut. Sekarang semua dah okay. Bolehlah update selalu blog nih. Harapnya lah kann.

Nak sambung entri yang lepas iaitu hari ke dua di Johor kami memang dah set nak bangun awal awal pagi untuk habiskan sehari ni di Legoland sahaja. Kalau tak rasa membazir plak bayar tiket mahal mahal. Tapi tapi tapi, saya dan siap siap beli annual ticket. So that's means saya boleh masuk bila bila je saya suka dari bulan 12 tahun ni sampai bulan 12 tahun depan. Masa tu beli harga promosi RM 195 je. Sekarang kalau nak beli RM 300++ rasanye. Kalau nak masuk pun RM 140 per entry. Untuk kanak kanak RM 110. Untuk maklumat lanjut boleh klik disini Legoland. 




Layan gambar pulak, 




:: Tengah beratur tu kena isi borang dulu. Tapi dah lupa untuk apa. hehehe, ;) ::


:: Saya dan Liya bergambar di depan kaunter tiket. Waktu ni beratur tak panjang pun, sebab weekdays kan, so takdelah padat sangat. Beratur pun sekejap je. Untuk annual pass ni, gambar ambil on the spot, dan dapat kad time tu jugak. ::


:: Taraaa, ini lah rupa kad nya. Muka masing masing ceria je. Tengok tu my benefit is daily access to LLM. Yelah, plan next year nak pergi lagi bersama keluarga mertua plak. Boleh save lah disitu. ::


:: Tempat wajib bergambar bila datang sini. Panas kemain waktu ni. Tapi gigihkan jugak sebab nak main punye pasal. Nasib baik cuaca panas kalau hujan memang tak dapat lah nak main. ::


:: Game yang paling mencabar dalam Legoland tu bagi pendapat saya dan semua. Cehh!!! Nama game ni PROJECT X. Memang serius kecut perut time ni. Dia punyee penurun cerun gilerr kut. Mau terbang segala isi dalam perut. Tengok reaksi muka pun dah tau. Kalau berani cubalah, hahaha, ;p ::


:: Bergambar dengan Albert Einstein. Gambar ni adalah hasil cantuman lego banyak banyak. Macam tak percaya je kan??? ::


:: Before naik roller coaster naga bergambar dulu dalam kota ni. Tisha tak takut pun main semua permainan ni. Risau gak kalau dia takut ke apa kan. Tapi dia lah yang paling excited sekali. Bagus bagus, tak rugi bawak. Budak budak kan penceria suasana. ::


:: Yang ni saja je bergambar denga Prince, kat dalam tu kedai cenderahati. Tak payah belilah mahal kemain. Overr sangat. ::


:: Muka Tisha boring jerr, hahaha. Sebab kuda tu bergerak sendiri tak mencabar. Ok lah dari takde  langsung. ::


:: Game ni pun best jugak. Menguji kekuatan fizikal kita mengangkat berat badan dengan menarik tali sampai la ke atas. Saya berjaya mengangkat berat saya. Bila dah sampai atas macam tak percaya pun ada. Bila nak turun lepas je tali tu perlahan lahan. Ingatkan game ni boleh naik berdua. Kalau naik berdua bolehlah harapkan suami yang angkat. Tapi kanak kanak je yang boleh naik berdua. Yang dewasa sila lah angkat diri sorang sorang ye. ::


:: Beratur untuk menunggu movie 4D. First time nih, agak teruja jugak lah. Hairan pun ada sebab ramai sangat orang so macam tertanya tanya muat ke kat dalam ni. hehehe, ;) ::


:: Ni lah suasana kat dalam tu. Bila angin kat dalam tu terasa terbang terbang je angin meniup muka. Kalau hujan terasa airnya dan kalau salji turun la kapas ala ala salji giteww. Boleh tahan best la. ::


:: Bangunan piramid, ini pun saya dah cukup teruja melihat seni binanya. Kalau pergi betul betul mesti lagi teruja kan??? ::


:: Saya pun nak jugak bergambar kat sini, hehehe. :


:: Selain itu di Legoland juga ada mini seni bina yang mana bangunan nye kecil kecil je. Tapi merangkumi serata dunia, so bolehlah menimba ilmu di sini. Tak dapat pergi serata dunia ni kira melawat lah jugak. ::


:: Kat situ jugak kereta berjalan macam real bandar yang hidup. Keretapi, bas, semua adalah. ::


:: Ini Taj Mahal yang ada kat India tu. Nampak macam real kan??? ::


:: Tu yang macam eye on Malaysia di belakang saya. Kat jalan raya tu semua kenderaan bergerak. Kira hidup lah kota London ni konon kononnya. Kreatif kan??? ::


:: Ni tak ingak kat mana. Saja bergambar kat sini sebab nampak cantik deretan kedainya. ::


:: Memang banyak tempat untuk bergambar di sini. Kira macam rambang mata lah. hihihi. ::


:: Dulu eye on ni ada kat Malaysia, sekarang dah takde. Tak sempat nak naik pun. Anggap je la sama macam kat Fun Fair tu rasanye. ::


:: Tak habis habis bergambar. hehehe. ::


:: Ini gambar paling cantik saya rasa. Ada photographer yang sudi amikkan gambar saya dan suami. Perfect kan?? ;) ::


:: Bergambar dengan mak. Mak tak banyak main pun game kat sini. Yelah kan, mencabar fizikal dan mental. Masuk saja lah kan. At least da pernah masuk. Love u mak, hehehe, ;) ::


:: Bergambar bersama si Lego merah yang bergerak gerak tuh. Dah nak balik baru Lego ni nak keluar. huhu. ::


:: Masa ni naik roller coaster naga. Fokus utama beli gambar ni nak tunjuk kat ayah Tisha yang anaknya main game apa. Tengok tu dok pegang tangan kak teh tapi muka senyum je, tak takut la tu kan, hehehe. ::


Selesai sudah cerita di Legoland...





:: Dah penat bermain, masa untuk mengisi perut. Restoran Arab yang agak famous di sini. Saya dan suami sempat makan dalam Legoland. FYI, makanan dan minuman dalam Legoland mahal dan boleh dikategorikan macam tak berbaloi jugaklah kalau nak makan yang heavy kat situ. Kira macam kat Genting Highland makanannye mahal. Adoii, apa alasan pun tak tau, bukan susah sangat nak angkut makanan macam kat Genting tu kan?? ::


:: Kak Lang dan Kak Teh. Untuk makan kali ni kak teh pulak yang belanja. Alhamdulillah, semoga dipermudah rezeki, berjaya dunia dan akhirat, aminn. ::


:: Nak tunjuk kat ayah Tisha, yang anaknya makan apa. Masa ni Tisha dah ngantuk sampai jatuh jatuh. ::



Malamnyee...


Bila dah semua penat malam tu dok melepak jela kat rumah. Tapi saya, suami dan Tisha jalan jalan di Dangabay. Guna GPS terus dapat jumpa. Senang jugaklah jalan dia.





:: Macam dak kecik main game cawan ni. ::


:: Sebenarnya temankan Tisha ni main. Masa tu dah malam tak ramai yang main, kalau nak main sorang sorang jela. Kira macam anak orang kaya la, reserved satu permainan kita sorang je main. Hehehe, perasan tak sudah. ::


:: Tak puas main kat Legoland, sambung plak main kat sini. Takpe bukan selalu pun kann. ::


:: Main helikopter plak. Muka takde reaksi, baru pas bngun tidor masa dalam perjalanan kat sini plus permainan takdelah mencabar sangat pun. ::


:: Tisha dan pak cu, berlatar belakang kan kapal. Dangabay ni kan kat tepi laut je. ::


:: Cuba teka sape yang amik gambar ni??? Of coz la Tisha, dia dah reti amik gambar dah. So bolehlah harapkan dia pasni. hehehe. ::


:: Muka gembira before start main game ni. Seronok main kuda sorang sorang kan. hehehe. ::



Penat dah taip, hope adalah info yang boleh dikongsi bersama. Pergilah Legoland memang sesuai untuk percutian seisi keluarga, ;)

No comments:

Post a Comment