October 03, 2012

Beromantika di amoure Shah Alam ;)

Asslammualaikum,

Alhamdulillah, selamat pulang dari Shah Alam petang tadi. Dan Alhamdulillah jugak dah selamat hantar report. Leganya kepala, now bolehlah fokus dalam pencarian kerja. Semoga Allah permudahkan urusan dan murahkan rezeki, aminn.

So, entry yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Sekeping gambar tu pun dah menggambarkan seribu makna. Ada yang ternanti nanti ke? Hee, mood baru sampai after rehat rehat dan makan malam tadi. Okayy, jom mulakan cerita.

Pada mulanya saya bincang bincang dengan suami untuk buat hard cover report memerlukan masa at least 2 hari. Bukan tak boleh sehari tapi mahal la sikit harganya. Then decide mahu tido di Shah Alam je, sebab tak nak ulang alik Senawang - Shah Alam. Penat tu ;(. Suami pun setuju. Yeay!!! saya lagi la gembira. Tu yang di entry yang lepas asyik cakap nak berjalan jalan di Shah Alam je.

So, sampai di Shah Alam settle kan report dulu. Then, check in time. Yuhuu..




Sampai sampai terus tengok katil. Wahhh, best gila. Yela, masih kemas dan tersusun rapi. hehehe, ;p. Oh ye, kami check in di Concorde Hotel Shah Alam. So, siap buat perbandingan lagi hotel ni dengan Royale Bintang di entry yang lepas, klik sini. Dan bilik yang kami duduk ni pun Deluxe Executive Room. Ekhem, kalau ditanya mana lagi best?Of coz la Royale Bintang lagi best. Tapi terpulang pada selera masing masing. Di tengah bandar Shah Alam ni. What u expect? So okayy la ni kan.



Meja yang disukai oleh suami. Online pun siap nak duduk kat sini. Turn saya? Tunggu lewat malam la jawabnya. Hehehe, saya landing depan TV je. Tak pun kacau suami, ;p. Teheehe..


Ini tempat saya. Relaks relaks sambil tengok TV. Nak satu la nanti bila dah ada rumah sendiri. Boleh? Tapi nak kerusi urut. huhuhu.


Pemandangan di luar adalah bangunan semata mata serta kesesakan lalu lintas.
hehehe, ;. Dan yang paling menarik boleh tengok Masjid Shah Alam dari dalam bilik ni. Cuma gambar je tak sempat nak amek.


Bilik airnya bersih yang amat. Air siap boleh minum lagi tu. Saya je yang tak lalu. Nak tido kat bilik air pun bole. Selesa tau hehehe, gurau je,;).


Bath tub tempat saya berendam dan feeling ala ala di pool. Ini pun tempat kegemaran saya. Siap boleh tido kalau berendam dalam ni. Dengan air suam suam kuku. Pergh, syiokk tu.


Ini takde kerja, saja suka suka amek. Lengkap semua.

Kami merasmikan katil ni. Empuk memang nyenyak giler tido. Memang tak hingat kalau masing masing dapat tidor, kuikui..


Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, aminn.


No bilik kami. Tinggal kenangan. Nanti bolehlah baca blog if dah tua tua nanti, ;)

Kepada sesiapa yang pergi ke Shah Alam dan tak tahu nak menginap di mana. Saya syorkan Concorde Hotel ni. Puas hati dengan layanan dan bilik pun okayy. Sapa yang nak shopping boleh jalan kaki. Sebelah hotel ni Plaza Masalam. Pun ada cerita di sebalik Plaza ni. Di lain entry saya cerita ek. Pasal shopping dan makanan. Dua dua favorite saya.


Terima kasih suami, Alhamdulillah di atas rezeki yang tidak terhingga.






No comments:

Post a Comment