March 13, 2011

Heartbeat : Dapat Duit Dengan Mudah Tanpa Perlu Traffic Tinggi.

Dunia blog sekarang ni sering dikaitkan dengan income sampingan. Selain Nuffnang dan Innity, HEARTBEAT juga merupakan advertising yang membolehkan blogger memperolehi wang tanpa perlu mengerah tenaga untuk mendapatkan traffic yang tinggi. Sangat mudah !

Jangan bimbang, ianya 101% tidak akan sama sekali menjejaskan status gliterati Nuffnang anda. HEARTBEAT ni bukanlah competitor Nuffnang, blog anda hanyalah diperlukan sebagai tapak pengiklan bagi menjual barangan souvenir nya.

Banner HEARTBEAT yang bakal diletakkan dalam blog anda berbentuk seperti ini :



(Klik untuk masuk ke laman web)






















Anda klik? TQ... saya dah dapat RM 0.04 sen =D hehe
(Setiap IP, hanya satu klik saja bagi sehari )


Begitula, setiap klik anda akan mendapat RM 0.04 sen, tampak sedikit tapi lama-lama nanti akan menjadi ratus riban bukan? Sesuatu yang free tanpa syarat yang ketat adalah sangat menguntungkan. Takde sape nak bagi wang semudah itu melainkan HEARTBEAT.

Ini adalah contoh earnings dari blog Teratak Impian Ibu.



RM253.63.
Omaigoddddddddd !!!!!!! Dapat duit tanpa berpeluh dan pengsan.

So..tunggu ape lagi !!!!? Jom register seperti tutorial dibawah.
^____________^


(1) Klik Banner di bawah untuk memulakan tutorial register HEARTBEAT.


(2) Klik ICON HEARTBEAT pasu bunga yang dibulatkan merah seperti di bawah.



(3) Klik CREATE ACCOUNT dan isi lah account information anda



(4) Isi kesemua ruangan Information , Option, Password dan kemudian klik CONTINUE.



(5) Bila dah create account, Klik MY HB!Affiliate seperti dalam kotak merah di bawah.



(6) Klik Online Application kemudian isikan kesemua ruangan yang dinyatakan.







(7) Kemudian pilih cara pembayaran yang bersesuaian. Tick Agree dan klik Continue.



(8) Seterusnya klik GET A CODE seperti dalam bulatan dibawah.



(9) Copy Code yang tertera mengikut saiz yang anda mahu.



(10) Copy code tersebut ke blog anda dan ikut seperti langkah di bawah :

Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript > paste code HEARTBEAT tadi > save.
(letaklah banner dimana saja mengikut citarasa anda)

(11) Untuk cek earning yang korang dah dapat bolehlah klik kat MY HB!Afflicate.



SELESAI.


Baik Menabung sekarang sebelum Terlewat !!

Jangan sampai orang lain dah beratus-ratus anda pula baru bersen-sen.

hehe.


AYUH Register !



p/s : Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada ruangan komen.

March 06, 2011

Pesanan terakhir Rasulullah S.A.W

salam, di tengah kesibukan dalam menjalankan tugasan sebagai seorang pelajar. ingin ku titipkan sesuatu yang berguna agar segala ilmu dapat dikongsi bersama. yang dah tahu Alhamdulillah yang baru tahu syukur anda tidak ketinggalan.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

sumber: wiki

"Hadiahkan Al-Fatihah utk Nabi Muhammad S.A.W. ~AL-FATIHAH"



p/s: semoga sama sama mendapat manfaat dan juga beroleh syafaat dari baginda. InsyaAllah.