February 16, 2011

ini cerita untuk suami isteri laa.

sudah lama tidak update blog pasal diri sendiri yela masuk contest memanjang. dgn memasang angan angan supaya memenangi hadiah yg ditawarkan. uhuuu, sangat seronok ok. even, aku ni takdela reti edit gambar sangat. sekadar basic tu ade la. so, today mahu sharing pasal LELAKI dan WANITA. aku ni bukan la hebat dlm pengakajian manusia ni. lebih lebih lagi manusia ni macam macam ragamnya termasuklah empunya diri ini.

cerita ni sesuai utk suami isteri je kot. sbb tak nak cerita boyfriend girlfriend tak sesuai..

ok serius!


jika ditanya isteri siapakah yang pertama di hatinya???
dengan tidak berfikir panjang beliau menjawab... "suami saya la!!!" betol x semua? jawapannya betul la tu. masa couple lagi sudah meletakkan boyfriend di tempat utama ini kan pula selepas berkahwin.

apabila ditanya pada suami siapakah yang pertama di hatinya???
"erm..erm..erm.." lama benor memikirkannya. ini adalah kerana yang utama di hati lelaki itu terletak pada situasi dan masalah utama yang dihadapinya.

contoh ye puan puan sekalian:

1. ditempat kerja- haruslah dia bekerja sekeras kerasnya. bos dan pekerja pekerja adalah org yang difikirkan pada ketika itu selain dengan kerja yang menimbun.

2. bersama keluarga- emak dan abah menjadi keutamaan. menggunakan masa dengan sebaiknya menghabiskan masa dengan org kesayangan. membeli barang keperluan rumah, menonton tv bersama, makan dan membeli belah. itu sangat perlu di toleransi ye. walau kadang kadang hangin satu badan jugak la dgn siap berbaldi baldi air mata dibazirkan.. hehehe, over.. ;p

3. hobi- tak kisah la apa jua pun hobi si suami menjahit ke, memancing ke, make up kereta ke. tapi nak ambil contoh baca komik..thee..;) susah dia nak alih perhatian kalau tak betul betul merajuk memang gamaknya mogok lapa la si isteri tu.


ok, cukuplah tiga tu je yek. bukan lah nak kata tak de langsung pentingnya isteri di hati lelaki. ini cuma kajian sahaja. oh ye, bukan semua lelaki sebegitu. cuma segelintir sahaja.

tidak perlu pula bagi si isteri mahu melakukan ilmu perubatan yang menakutkan dan menyusahkan tuh (bomoh)..cukupla dengan berdoa agar walau sesibuk mana pun si suami biarla isteri yang paling dekat di hatinya, tempat bermanja dan berkongsi masalah. dan jgn lupa Allah itu segala galanya.



p/s: "hubungan itu lebih manis kalau di setiap doa sentiasa menyebut nama dan mendoakan kebahagiaan pasangan. itu lebih bermakna dari beratus mesej..." suatu masa yang lama kata kata dari cik abg yang aku masih ingati. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment